3 Konsep Takaful: Insurans Yang Lebih Unik

What are the 3 basic concepts of Takaful?

Takaful ialah satu bentuk insurans berdasarkan prinsip-prinsip Syariah Islam dengan konsep perkongsian risiko dan keuntungan dalam komuniti. Dalam takaful, peserta diberi tanggungjawab untuk melindungi satu sama lain. Oleh itu, setiap ahli akan menyumbangkan wang ke dalam dana terkumpul demi membantu satu sama lain daripada kerugian atau kerosakan. Sijil takaful ini merangkumi perlindungan kesihatan, hayat dan keperluan am.

Berbeza dengan konsep insurans konvensional, Takaful adalah alternatif yang selaras dengan garis panduan yang patuh syariah dan ditawarkan kepada individu yang mahukannya. Insurans konvesional tidak selari dengan prinsip-prinsip Syariah Islamkerana ia melibatkan elemen ketidakpastian (Al-Gharar) yang berasaskan konsep faedah (Riba) dan ia dianggap sebagai bentuk perjudian (Al-Maisir).

Dengan takaful, ia berteraskan konsep Tabarru’ di mana sebahagian daripada caruman ke dalam dana dikira sebagai derma untuk tujuan kebajikan. Ia diperuntukkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakan Peserta yang memerlukan. Sebab itulah pemilik takaful dirujuk sebagai ‘peserta’.
Takaful menjadi pilihan terbaik untuk orang Islam dan bukan Islam yang ingin mencari perlindungan yang sejajar dengan prinsip etika mereka. Dalam artikel ini, kita akan lihat tiga konsep asas takaful dan bagaimana sijil Pusara Pro daripada Ouch! boleh berikan anda ketenangan dan perlindungan kepada keluarga sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini.

3 Konsep Takaful

Perkongsian Risiko & Bantuan Bersama

Perkongsian risiko dan bantuan bersama adalah konsep utama takaful. Dalam insurans konvensional, risiko akan dipindahkan daripada pemegang polisi kepada pihak insurans. Manakala peserta takaful pula akan menjadi sebahagian daripada komuniti bantuan untuk melindungi satu sama lain dari mengalami kerugian atau risiko yang tak dijangka.

Apabila seorang individu mendapatkan pelan takaful, mereka akan menyumbang ke dalam dana bersama peserta lain yang berkongsi risiko serupa. Sumbangan ke dalam dana terkumpul ini akan digunakan sebagai tuntutan bayaran untuk kes kerugian yang dilindungi takaful.

Perpaduan memainkan peranan besar untuk sistem ini. Setiap peserta bersetuju untuk membantu satu sama lain di waktu yang memerlukan. Pendekatan ini bukan sahaja sejajar dengan prinsip kerjasama dan belas kasihan dalam Islam, malah ia juga mengukuhkan semangat perpaduan di dalam komuniti dan sifat tanggungjawab. Peserta yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh tertentu juga mungkin layak untuk menerima lebihan daripada dana terkumpul, justeru mengukuhkan keadilan dan pengagihan sumber yang adil.

Konsep Patuh Syariah

Syariah adalah kerangka undang-undang Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Hadith yang menjadi panduan buat umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kewangan. Takaful mematuhi prinsip ini untuk memastikan setiap operasi dan pelaburan selaras dengan garis panduan Islam.

Beberapa prinsip Syariah yang digunakan dalam takaful adalah termasuk:

  1. Larangan Faedah (Riba): Takaful mengelak pelaburan berdasarkan faedah kerana ia bersifat Riba dan menggugat prinsip keadilan.
  2. Mengelakkan Ketidakpastian (Al-Gharar) & Perjudian (Al-Maisir): Kontrak takaful direka untuk bebas daripada ketidakpastian yang berlebihan, memastikan bahawa setiap risiko dan pulangan ditakrifkan dengan jelas.
  3. Larangan Pelaburan Tak Beretika: Pengendali takaful dilarang melabur dalam perniagaan yang tidak beretika atau merosakkan masyarakat seperti arak, perjudian dan tembakau.
  4. Pertimbangan Moral & Etika: Takaful menggalakkan amalan tanggungjawab dan beretika dalam kedua-dua aspek insurans dan pelaburan perniagaan.

Pembahagian Akaun Peserta & Pemegang Saham

Dalam takaful, setiap dana yang disumbangkan oleh peserta akan diasingkan daripada dana syarikat. Ini adalah untuk memastikan setiap transaksi adalah jelas dan mencegah pertindihan sumbangan peserta dengan aset pemegang saham. Setiap syarikat akan menguruskan dua akaun berbeza: Dana Peserta Takaful dan Dana Pemegang Saham.

Setiap sumbangan daripada peserta akan disimpan di dalam Dana Peserta Takaful. Kemudian, setiap tuntutan dan perbelanjaan menurut polisi lain akan dibayar. Sebarang lebihan yang dijana melalui dana ini akan dikongsi di kalangan peserta, memupuk prinsip pengagihan saksama.

Dana Pemegang Saham sebaliknya akan digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi dan menjana keuntungan syarikat. Pengendali takaful boleh mengenakan bayaran Wakalah (perlindungan) untuk menguruskan operasi takaful dan menyimpan sebarang lebihan yang dijana melalui Dana Pemegang Saham.

Dengan mengasingkan akaun-akaun ini, setiap transaksi takaful akan menjadi lebih jelas serta ia dapat mencegah sebarang potensi percanggahan konflik.

Pusara Pro daripada Ouch! ni Takaful ke?

Betul, Pusara Pro ini merupakan sebuah sijil takaful yang menawarkan tuntutan manfaat ihsan sama seperti konsep Khairat Kematian yang boleh membantu menampung perbelanjaan pengebumian peserta dan akan dibayar terus kepada penerima manfaat atau benefisiari. Selain itu, pembayaran manfaat kematian mengikut jumlah perlindungan yang telah dipilih oleh peserta akan dapat membantu menyediakan bantuan kewangan kepada waris selepas pemergian mereka.

Maksudnya, melalui sijil Pusara Pro, penerima manfaat boleh menuntut manfaat ihsan yang mana ia adalah tambahan 10% daripada Jumlah Perlindungan hanya dalam masa 24 jam saja. Dengan proses yang sangat mudah, penerima manfaat/benefisiari hanya perlu memuat naik dokumen seperti sijil kematian dan dokumen berkaitan hanya melalui aplikasi Ouch!. Dengan harga yang sangat berpatutan (dalam 20% lebih murah) berbanding perlindungan daripada penyedia lain, produk Pusara Pro juga akan dapat mengurangkan beban kewangan anda.

Tidak ramai yang suka berbual mengenai kematian dengan ahli keluarga untuk merancang pemindahan harta atau pemberian hibah kepada ahli keluarga sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Dengan Pusara Pro, kami memastikan perlindungan yang berlandaskan konsep Islamik, perlindungan yang mematuhi etika, moral dan agama, sekurang-kurangnya perkara ini boleh dihadapi dengan lebih mudah.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: 

Setiap maklumat yang disampaikan di dalam artikel dan/atau daripada duta jenama hanyalah untuk menyampaikan maklumat umum. Ia tidak terikat dengan undang-undang dalam sebarang kaedah. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan ketepatan dan maklumat terkini, kami tidak menjamin kelengkapannya, kebolehpercayaannya, atau kesesuaian maklumat yang dikongsi.

Bagi perkara yang memerlukan kesahihan undang-undang atau pengesahan formal, kami dengan tegas mengesyorkan untuk merujuk kepada sijil rasmi, dokumen-dokumen yang dibenarkan, atau sumber-sumber yang berkaitan. Bagi memastikan kejelasan dan panduan yang berwibawa, sila hubungi wakil Ouch! yang sah melalui platform komunikasi yang telah ditetapkan oleh kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *