Penebusan Takaful: Panduan Yang Anda Perlu!

Nak hadapi kehilangan insan tersayang pastinya tidak mudah. Mesti banyak yang perlu diuruskan—emosi anda, upacara pengebumian, dan segala yang berkait dengan peristiwa tersebut. Apabila semua benda ini membebankan anda, setiap bantuan pasti boleh memudahkan urusan anda.

Apa kata anda biarkan kami bantu membuat persiapan terlebih dahulu? Dah tentu anda nak tahu segalanya tentang pengurusan tuntutan takaful sebagai waris, supaya sekurang-kurangnya apabila sampai masanya nanti, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana cara untuk melakukannya.

Langkah-Langkah Membuat Tuntutan Takaful

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi Ouch!

Tugas pertama anda adalah untuk memuat turun aplikasi Ouch! sebab anda boleh selesaikan semuanya di situ. Melalui aplikasi kami, anda boleh membuat dan mengetahui status permohonan, mendapatkan maklumat tambahan atau mencari bantuan menerusi wakil kami—hanya dengan satu butang saja.

Langkah 2: Hantar Tuntutan Anda

Sediakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan, kemudian buat tuntutan melalui aplikasi Ouch!. Anda boleh log masuk terus ke akaun atau pilih untuk meneruskan sebagai tetamu bagi mengemukakan tuntutan anda. Kami syorkan anda untuk mengikut kaedah pertama.

Langkah 3: Ikuti Status Permohonan Tuntutan Anda

Setelah menerima permohonan anda, Ouch! akan menilai tuntutan anda berdasarkan terma dan syarat sijil takaful. Pada masa yang sama, anda boleh mengetahui status tuntutan sama ada melalui aplikasi Ouch!, talian khidmat pelanggan kami, atau melalui emel sahaja. Jika kami memerlukan sebarang maklumat lanjut daripada pihak anda, kami akan memaklumkan anda secara bertulis melalui emel atau panggilan telefon.

Langkah 4: Penerimaan Tuntutan

Tiada tempoh masa yang tetap untuk penilaian tuntutan dan ia mungkin akan dilanjutkan jika terdapat sebarang kekurangan di dalam proses permohonan atau dokumen yang anda hantar.

Kalau tuntutan anda berjaya, tahniah! Anda akan dimaklumkan mengenainya dengan segera dan pembayaran akan diberikan dalam tempoh antara 24 jam hingga 7 hari.

Walau bagaimanapun, jika tuntutan anda ditolak, anda boleh menyemak dokumen dan mengetahui sebab mengapa ia ditolak. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi wakil kami untuk penjelasannya. Jangan risau, anda masih boleh membuat rayuan dengan dokumen sokongan yang berkaitan untuk penilaian semula.

Kami faham saat-saat seperti ini tidak mudah dan kami ingin melakukan segala yang termampu untuk membantu menstabilkan hidup anda selepas tragedi tersebut. Kehilangan seorang insan tersayang, sama ada dijangka atau tidak, boleh menggugat kita—dari segi emosi atau kewangan.

Matlamat pelan takaful perlindungan hayat ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga yang terlibat dengan tragedi seperti kematian. Pembayaran yang diterima boleh digunakan untuk melindungi masa depan keluarga dengan menampung bil besar seperti kos perubatan, keperluan pendidikan dan pembayaran hutang, atau hanya sebagai perlindungan pendapatan.

Oleh sebab itu, penting untuk anda ingat bahawa wang tuntutan perlu digunakan sebaik mungkin atau disimpan untuk perkara yang mustahak. Adakah ada keperluan segera yang perlu diselesaikan atau anda mampu untuk menyimpan dana tersebut untuk keperluan jangka panjang? Pertimbangkan situasi anda terlebih dahulu, kemudian barulah buat keputusan yang terbaik untuk anda dan insan tersayang.

Sepanjang proses ini, kami jamin bahawa semua perihal undang-undang dan kewangan anda akan ditangani secara peka dan penuh prihatin untuk membantu anda dalam waktu yang sukar ini. Anda pasti boleh yakin bahawa kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu situasi anda dan anda juga boleh menghubungi kami jika anda memerlukan sebarang bantuan.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: 

Setiap maklumat yang disampaikan di dalam artikel dan/atau daripada duta jenama hanyalah untuk menyampaikan maklumat umum. Ia tidak terikat dengan undang-undang dalam sebarang kaedah. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan ketepatan dan maklumat terkini, kami tidak menjamin kelengkapannya, kebolehpercayaannya, atau kesesuaian maklumat yang dikongsi.

Bagi perkara yang memerlukan kesahihan undang-undang atau pengesahan formal, kami dengan tegas mengesyorkan untuk merujuk kepada sijil rasmi, dokumen-dokumen yang dibenarkan, atau sumber-sumber yang berkaitan. Bagi memastikan kejelasan dan panduan yang berwibawa, sila hubungi wakil Ouch! yang sah melalui platform komunikasi yang telah ditetapkan oleh kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *