Tak Perlu Jadi Agen Untuk Sebar Kebaikan Takaful – Cabaran Kita Cover

Mudahnya berkongsi maklumat takaful kepada yang tersayang dan berpeluang mengumpul mata bernilai RM2,500!

Kisah Kopi

Hari minggu lepas Ika dan 2 orang bestie pergi kafe yang jauh terperuk dalam sebuah kampung di Sungai Buloh. Penuhlah feed Instagram ika dengan gambar-gambar kafe berkonsep minimal estetik, berserta segelas latte sejuk dan sepotong kek baldu merah menghiasi reel berlatarbelakang runut bunyi ambient.

Kisah Khemah

Zamri baru sahaja pulang dari berkhemah air terjun yang terletak di Janda Baik. Zamri dah lama rancang trip berkhemah untuk berhealing katanya. Zamri teruja kongsi pengalamannya dengan group facebook camping dan ramai yang memuji keindahan gambar perkhemahan yang dikongsi.

Kisah Takaful

Ilham baru sahaja mendaftar sebagai rider untuk aplikasi penghantaran, itu pun setelah diberhentikan kerja sebulan lalu. Setelah berpuluh email dihantar, namun satu panggilan temuduga pun masih belum nampak bayangnya. Ilham nekad untuk tidak membuang masa kerana ada perut yang perlu diisi, bukan dia sahaja tetapi isteri dan dua anaknya bergantung penuh padanya. Bekerja sebagai rider penghantaran terdedah kepada risiko kemalangan jalanraya. Ilham mahu jadi seorang ketua keluarga yang bersedia menghadapi kemungkinan oleh sebab itu dia melanggan sijil takaful Ouch! Pusara Pro? Cuma Ilham berkongsi hanya dengan isteri bukan di media sosial.

Tiga senario berbeza tetapi motivasi 3 individu untuk berkongsi juga berbeza, Ika dan Zamri teruja berkongsi cerita mereka, manakala Ilham hanya berkongsi dengan isterinya bukan di media sosial?

Ini kerana persepsi masyarakat secara umumnya telah terbentuk bahawa urusan atau pengetahuan mengenai perlindungan takaful hanya boleh dilakukan oleh agen. Jadi agen yang akan lebih tahu jenis-jenis takaful hinggalah maklumat kira-kira perlindungan.

Sukarnya nak faham takaful?

Pelanggan juga berhadapan dengan kesukaran memahami produk takaful kerana terdapat banyak terma yang asing dan sukar difahami, begitu juga kepelbagaian jenis produk yang ditawarkan. Sebab itu masih ramai lagi yang masih merujuk kepada agen takaful untuk mengetahui tentang maklumat produk.

Walaupun begitu, mengikut kajian oleh Swiss Re 68% pelanggan yang memberi maklumbalas menyatakan minat untuk mencari maklumat mengenai perlindungan diri. Kajian ini menunjukkan terdapat minat yang tinggi terhadap perlindungan diri.

Disamping itu juga perlu diberi perhatian bahawa masyarakat secara umumnya tidak yakin dengan keperluan perlindungan, maka usaha mendidik masyarakat untuk lebih memahami faedah utama sumbangan takaful kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi.

Tidak perlu jadi agen untuk tahu kadar perlindungan.

Tahukah anda bahawa anda tidak perlu jadi agen takaful untuk mengetahui kira-kira asas perlindungan? Aplikasi Ouch! direka untuk memudahkan hidup anda dalam memahami perlindungan asas takaful.
Anda boleh cuba Kalkulator Perlindungan yang ada di website Ouch!

atau nak tahu berapa perlindungan yang sesuai untuk anda ambil? Boleh cuba Kuiz Ouch! pun ada dalam website.

Mudahkan? Tahukah anda bahawa kini anda bukan sahaja boleh melindungi diri tetapi membantu rakan taulan untuk sama-sama melindungi diri dengan Pusara Pro! Paling penting sekali anda tak perlu jadi agen takaful untuk berkongsi kebaikan tentang takaful kerana kandungan maklumat produk yang mudah difahami semua dalam aplikasi Ouch!

Tak perlu jadi agen, Kita Cover Challenge mudahkan hidup anda.

Sekarang anda dah tahu betapa mudahnya nak sebarkan kebaikan takaful, malah bila anda dah dilindungi dan ajak ramai kawan maka banyak faedahnya. Ouch! Pusara Pro baru sahaja lancarkan Kita Cover Challenge! Untuk memberi galakkan kepada pemegang sijil menyebarkan kepada lebih ramai orang. Anda dilindungi, mereka yang tersayang dilindungi, pendek kata Kita Cover! semua.

Apa itu Kita Cover Challenge?

Kita Cover Challenge ialah kempen galakkan untuk mengajak lebih ramai orang dilindungi takaful dan dalam masa yang sama memberi ganjaran kepada anda. Penyertaan kempen Kita Cover! adalah  mudah anda perlu jadi ahli Ouch! Pusara Pro dan mula  sebarkan kebaikan takaful kepada orang sekeliling. Bukan itu sahaja, bila sebar kebaikan takaful, anda juga berpeluang meraih mata bernilai RM2500  bila merujuk 25 orang rakan taulan dan jiran tetangga.

Apa saya kena buat?

Mudah saja, ikut langkah berikut:

Langkah 1

Buka Kod Rujukan – Untuk membuka kod rujukan anda perlu menyertai Ouch! Pusara Pro (tiada penyertaan minimum)

Langkah 2

Kongsi kod rujukan kepada kawan – Penerima kod rujukan perlu menyertai Ouch! Pusara Pro Pelan Tahunan.

Langkah 3

Sebarkan kod rujukan seramai mungkin

Ganjaran diterima bila penerima kod rujukan menyertai Ouch! Pusara Pro Pelan Tahunan. Lengkapkan setiap cabaran untuk mengumpul lebih banyak mata.

Langkah 4

Tebus mata ganjaran di aplikasi Ouch! dengan baucar tunai Touch&Go atau Shopee. *mata ganjaran hanya boleh ditebus setelah 15 hari tempoh bertenang tamat.

Berapa cabaran yang ada?

Ada tiga peringkat cabaran untuk anda sertai.

Saya telah ajak beberapa orang kawan mengikut tahap-tahap Cabaran, mengapa saya tidak boleh menebus ganjaran Cabaran?

Pelan Tahunan sahaja:

Hanya rujukan yang menjadi peserta Ouch! Pusara Pro Pelan Tahunan akan dikira untuk cabaran ini. Jika rujukan anda dalam pelan bulanan, rujukan ini tidak dikira untuk cabaran ini.

Tempoh bertenang 15 hari:

Rujukan dianggap berjaya hanya selepas 15 hari mereka menyertai Pusara Pro.

Rujukan saya memilih Pelan Bulanan berbanding Pelan Tahunan, adakah saya mendapat sebarang ganjaran?

Ya, anda masih akan memperoleh 1,000 mata untuk setiap rujukan sama ada Pelan Bulanan atau Pelan Tahunan. Walau bagaimanapun, rujukan Pelan Bulanan tidak dikira untuk tahap-tahap Cabaran Kita Cover.

Boleh ke kalau saya nak sertai Cabaran 1 sahaja?

Ya boleh, anda hanya perlu mengajak 5 orang kenalan/saudara untuk menjadi peserta Ouch! Pusara Pro.

Saya berjaya ajak 9 orang kawan sertai Pusara Pro, berapa banyak mata yang saya boleh terima?

Untuk 5 orang pertama anda terima 25,000 mata, manakala untuk 4 orang lagi hanya menerima 4000 mata.

Boleh ke kalau saya buat Cabaran 3 terus?

Tidak, ini adalah cabaran berperingkat. Anda perlu melepasi setiap cabaran untuk meraih mata berbeza.

Macam mana kalau saya berjaya ajak 30 orang sertai Ouch! Pusara Pro?

Setiap penyertaan hanya layak merujuk sehingga maksimum 25 orang sahaja, untuk baki 5 orang lagi anda layak menerima sebanyak 5000 mata.

Bila kempen Kita Cover Challenge ni berakhir?

Kempen ini berakhir bila sejumlah RM100,000 diedarkan dalam kempen ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merebut bahagian anda.

Disclaimer:
Maklumat yang disediakan adalah untuk tujuan umum sahaja. Pendapatan dan ganjaran berkaitan dengan rujukan adalah tertakluk kepada keputusan individu. Sila rujuk kepada Terma dan Syarat (T&S) kami untuk butiran menyeluruh mengenai peraturan program rujukan Kita Cover Challenge! dan syarat kelayakan. Dengan menyertai, pengguna bersetuju untuk mematuhi terma yang dinyatakan dalam T&S. Untuk gambaran ringkas, baca T&S [di sini].

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *