Deepavali: Cahaya Menerangi Kegelapan

Terokai persamaan dan nilai yang dikongsi antara sambutan perayaan Deepavali dan perlindungan takaful

Sambutan Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, bakal menjelang sekali lagi pada 31 Oktober ini. Sambutan ini memberi peringatan kepada kita tentang keindahan budaya yang mendefinisi perayaan ini. Perayaan Deepavali terkenal dengan sambutan yang penuh warna-warni, mempamerkan seni kolam dan rangoli yang cukup memukau serta hidangan yang membuka selera. Namun, ia juga berteraskan konsep kebaikan mengatasi kejahatan, cahaya menerangi kegelapan dan ilmu mengatasi kejahilan – menyampaikan mesej yang mendalam  tentang perpaduan dan kepentingan saling mengambil berat antara satu sama lain di kalangan masyarakat. Nilai-nilai yang selaras dengan konsep takaful.

Sejarah Ringkas Deepavali

Deepavali, juga dikenali sebagai Diwali, disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia. Sambutan perayaan ini dikaitkan dengan kisah mitos epik dari India, Ramayana. Deepavali menyambut kepulangan Ramayana setelah menewaskan Ravana, seorang maharaja yang jahat dan zalim. Rakyat menyambut kepulangan Ramayana dengan menyalakan lampu dan api dan tradisi ini berterusan hingga kini untuk melambangkan kemenangan cahaya atas kegelapan.

Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, Deepavali merupakan perayaan utama bagi masyarakat India dan disambut dengan penuh kemeriahan. Lampu pelita dinyalakan di rumah-rumah, dan bunga api dimainkan bagi menyambut perayaan ini. Menjelang Deepavali, kemeriahan sambutan ini juga dapat dilihat di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah dan bangunan pejabat yang mempamerkan seni kolam yang cukup memukau. Sudah tentu, tiada perayaan yang lengkap tanpa makanan tradisi seperti nasi beriani dan kari kambing yang membuka selera. Makanan ringan yang mengasyikkan seperti muruku dan manisan seperti ladu juga disajikan di musim perayaan ini. Mujurlah sebagai rakyat Malaysia, kita masih boleh menikmati makanan-makanan ini di luar musim perayaan!

Takaful Memberi Cahaya Dalam Kegelapan

Perayaan Deepavali juga menekankan kepentingan hubungan keluarga, persahabatan dan komuniti. Ia juga adalah masa untuk saling bermaafan dan melupakan perselisihan yang lepas, bersatu dan mengeratkan hubungan sesama keluarga dan masyarakat. Konsep saling membantu dan perlindungan bersama  di kalangan masyarakat ini adalah sinonim dengan prinsip takaful. Seperti rumah-rumah yang menyalakan api untuk melindungi keluarga daripada kecelakaan, produk takaful seperti Pusara Pro juga boleh memberikan perlindungan dan bantuan di kala perkara yang tidak dijangka berlaku. Memberi cahaya di dalam kegelapan.

Sepakat Membawa Berkat

Semangat dan kemeriahan Deepavali mengingatkan kita bahawa sikap saling mengasihi dan empati boleh menyerikan kehidupan orang yang berada di sekeliling kita. Semangat perpaduan dan saling membantu ini harus dihidupkan di luar musim perayaan melalui aktiviti seperti membantu jiran yang ditimpa musibah ataupun mendapatkan perlindungan takaful bagi mengukuhkan kesejahteraan secara kolektif. Terdapat pelbagai cara untuk kita menghidupkan nilai-nilai universal ini. Kami di Ouch! percaya dengan kata-kata hikmat, “sepakat membawa berkat”. Apabila kita berkongsi “cahaya” dengan masyarakat sekeliling, kita membina masa depan yang lebih cerah dan makmur. Mari kita sama-sama hidupkan nilai-nilai murni ini demi memastikan cahaya sentiasa mengatasi kegelapan. Selamat menyambut Hari Deepavali!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Published
Categorized as News

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *