Apakah inisiatif utama Bajet 2025 dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada anda?
Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan belanjawan tahunan kepada Dewan Rakyat. Dalam edisi kali ini, Ouch! menyelami isu-isu teras yang telah diketengahkan dalam Belanjawan 2025 seperti kos sara hidup, perkhidmatan kesihatan dan juga pendidikan. Berikut adalah sorotan yang telah dipilih daripada Belanjawan 2025.
Kos Sara Hidup
Belanjawan 2025 telah mengetengahkan pelbagai langkah dalam usaha untuk meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat di seluruh dunia. Kerajaan telah mengumumkan bahawa program bantuan tunai akan diteruskan dan akan ditambah baik bersama langkah-langkah pelengkap lain bagi meringankan beban rakyat.
- Tiada Cukai Jualan ke atas barangan makanan asas. Namun, Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti salmon dan avokado.
- Kadar gaji minima dinaikkan kepada RM1,700 bermula Februari 2025.
- Bantuan Khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, dan RM250 kepada pesara kerajaan, termasuk veteran tidak berpencen.
- Peruntukan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion:
Program | Bantuan Tunai |
STR | – Kategori bujang akan menerima RM600 – Kadar maksima isi rumah ditingkatkan kepada RM4,6000 |
SARA | – 5.4 juta isi rumah menerima STR yang layak sebulan |
Rasionalisasi Subsidi
Kerajaan MADANI telah memutuskan untuk merasionalisasikan subsidi bagi memastikan subsidi kerajaan akan tertumpu kepada golongan yang paling memerlukan. Walaupun langkah ini penting bagi perancangan fiskal jangka panjang, perubahan ini dijangkakan akan memberi kesan kepada kebanyakan isi rumah apabila harga barang dan perkhidmatan asas diselaraskan.
- Subsidi bersasar petrol RON95 bermula pertengahan 2025 di mana T15 tidak lagi boleh menikmati subsidi RON95.
- Pengurangan subsidi pendidikan bagi anak-anak golongan T15 yang berada di sekolah berasrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Subsidi bersasar yang serupa juga akan diperluaskan ke perkhidmatan kesihatan awam.
Pencukaian dan Pelepasan Cukai
Belanjawan 2025 telah memperluaskan insentif dan pelepasan cukai individu bagi membantu dan menggalakkan perancangan kewangan yang lebih baik dan mengurangkan beban cukai kepada rakyat. Ini termasuklah pelepasan untuk perbelanjaan perubatan, pendidikan dan gaya hidup.
- Pelepasan cukai untuk pemeriksaan perubatan penuh atau kesihatan mental atau pembelian kit ujian sendiri COVID-19 akan diperluas untuk pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan sendiri (seperti glukometer, oksimeter dan termometer) dan juga yuran bayaran ujian pengesahan penyakit seperti ultrasound, mamogram dan pap smear.
- Pelepasan cukai ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.
- Duti setem pada kadar berperingkat bermula daripada RM10 akan diperkenalkan untuk mengurangkan kos penyerahhakan dan menggalakkan hibah perlindungan insurans serta takaful kepada ahli keluarga.
Perkhidmatan Kesihatan
Dengan peruntukan sebanyak RM45.3 bilion, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2025. Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menambahbaik sistem perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia.
- Mengenakan duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa bermula Januari 2025 di mana hasilnya akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan rawatan dan penambahbaikan pusat dialisis.
- Memperkenalkan Rakan KKM bagi menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan berbayar kepada pesakit, bermula dengan Hospital Cyberjaya.
- Penubuhan Pusat Kanser di Kuching, Sarawak dan Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu, Sabah.
- Ikhtiar 1,000 Hari Pertama Kehidupan bagi ibu mengandung untuk pengesanan dan rawatan awal penyakit Hepatitis B pada bayi mereka.
Pendidikan
Setiap tahun, kerajaan akan memberi peruntukan yang signifikan untuk menambahbaik sistem pendidikan negara serta memastikan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Kali ini, Belanjawan 2025 turut mengetengahkan inisiatif untuk menggalakkan sistem pembelajaran yang lebih inklusif untuk pelajar OKU.
- Dana khas pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengutamakan pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA.
- Penubuhan 11 Pusat PERMATA Kurnia baru untuk Pendidikan dan intervensi awal kanak-kanak autistik.
- Peruntukan khas untuk memperluas menambahbaik keupayaan universiti penyelidikan tempatan dalam bidang AI:
- Universiti Malaya (UM) menumpukan AI bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser
- Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan Kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum untuk kesiapsiagaan mendepani ancaman keselamatan siber
- Universiti Sains Malaysia (USM) akan menelusuri AI semikonduktor
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Belanjawan 2025 merangkumi pelbagai langkah yang telah dikenal pasti bagi menangani isu-isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia sambil mengekalkan pandangan jelas ke arah masa hadapan. Sebagai pengendali takaful digital, Ouch! secara khusus menyambut baik insentif cukai yang menggalakkan penjagaan kesihatan dan perlindungan keluarga kerana ini akan membantu mereka untuk membuat perancangan kewangan yang lebih baik seperti melabur dalam produk takaful seperti Pusara Pro yang bukan sahaja menjimatkan cukai tetapi juga menawarkan ketenangan jiwa di saat-saat yang diperlukan. Belanjawan 2025 kali ini juga memberi peruntukan tambahan untuk sektor perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, mencerminkan komitmen kerajaan untuk menetapkan Malaysia ke arah masa hadapan yang lebih inklusif dan berdaya tahan.
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.