Menghargai tahun yang telah berlalu dan bersiap-sedia untuk tahun akan datang
Tibanya hujung tahun, ramai antara kita yang akan mengambil masa untuk berehat, merenung tahun yang telah pergi, sambil meluangkan masa bersama-sama orang yang tersayang sebelum permulaan tahun baru yang bakal menjelang. Ini adalah musim untuk merapatkan hubungan silaturahim dan menghargai segala nikmat yang telah diberi. Suasana aman yang penuh kemeriahan ini membawa kegembiraan dan juga sedikit tekanan kepada dompet kita. Kemeriahan musim in mengingatkan kita kepada kepentingan untuk berehat dan meluangkan masa bersama-sama mereka yang penting kepada kita.
Ruang untuk Renung dan Rehat
Pada suasana hujung tahun ini, ambil masa untuk berhenti sebentar daripada kesibukan harian kita. Hargai nikmat kehidupan yang dianugerahkan dan luangkan masa beriadah bersama keluarga. Penting untuk kita berehat demi kesejahteraan fizikal dan juga mental kita. Malah, telah disebutkan di dalam Al-Quran, “Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat” (Surah An-Naba, 78:9). Berehat juga memberikan ruang kepada kita untuk merenung dan menilai perkembangan diri, dan menambahbaik atau menyuntik nafas baru tujuan hidup.
Kemeriahan dan suasana positif di hujung tahun juga sering menggamit sikap bermurah hati sesama sendiri. Sama ada dalam bentuk bertukar-tukar hadiah dengan orang tersayang, melalui kata-kata baik ataupun melalui sikap tolong-menolong, semua ini pasti memberi kegembiraan kepada orang yang disentuh.
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?” (Surah Al-Baqarah, 2:245)
Azam Tahun Baharu
Ketibaan tahun baru sinonim dengan pembaharuan azam untuk tahun yang akan datang. Ini mungkin bermakna azam untuk mengukuhkan hubungan dengan Tuhan, ataupun mengeratkan hubungan kekeluargaan, mahupun menambahbaik keadaan kewangan semasa, dan macam-macam lagi.
Tidak dinafikan, penghujung tahun juga merupakan waktu yang sesuai untuk menilai semula keadaan pengurusan kewangan kita. Sepanjang tahun ini, adakah kita telah mematuhi bajet? Cukupkah dana kecemasan semasa? Sama seperti persediaan untuk sambutan perayaan, pengurusan wang juga melibatkan perancangan yang rapi untuk perbelanjaan sepanjang tahun dan juga demi persediaan menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka. Untuk tahun 2025, perancangan kewangan menjadi lebih penting memandangkan suku pertama akan menyaksikan pembukaan semula sekolah dan majlis perayaan yang berturut-turut seperti Tahun Baru Cina, Thaipusam, Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri.
Ouch! telah menyediakan panduan ringkas bagi membantu anda memulakan langkah menambahbaik prestasi kewangan anda untuk tahun yang akan datang:
Bina Dana Kecemasan: Malang sering tidak berbau, dan mempunyai simpanan kecemasan boleh mengurangkan beban perbelanjaan tidak dijangka.
Dapatkan Perlindungan Takaful: Lindungi orang tersayang dengan memastikan anda mempunyai perlindungan takaful yang sesuai, sama ada untuk kesihatan, kehidupan, atau pendidikan. Mulakan perjalanan takaful anda dengan produk Pusara Pro kami yang menyediakan Manfaat Kematian dan Manfaat Ihsan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Kurangkan Hutang: Kuatkan komitmen untuk membayar hutang, bermula dengan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.
Simpan Secara Konsisten: Peruntukkan sebahagian pendapatan bulanan anda untuk matlamat masa depan seperti rumah, pendidikan, atau dana percutian.
Melabur dalam Ilmu: Ambil masa untuk memahami kewangan peribadi kerana ia akan membantu anda mengambil keputusan bijak yang boleh memberikan manfaat jangka panjang.
Walaubagaimanapun, penting untuk ingat bahawa perancangan serta kesejahteraan kewangan hanyalah sebahagian daripada formula untuk mengecapi kehidupan yang seimbang dan bermakna.
Ketika anda menikmati detik-detik indah dan nyaman bersama orang yang tersayang, hargai detik itu dengan sepenuh hati. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menyambut tahun 2025 dengan semangat baru untuk kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna secara rohani, emosi, dan juga kesihatan kewangan. Ayuh kita sambut tahun baharu dengan berlapang dada.
Ouch! ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.