Ramadan Tiba: Manfaatkan Keberkatan Bulan Puasa dengan Ouch!

Bulan yang penuh dengan rahmat dan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dah tiba! Tentu ramai dah tak sabar nak memenuhkan bulan ini dengan pelbagai amal ibadah.

Bulan Ramadan disambut dengan penuh kemeriahan di Malaysia dengan pelbagai aktiviti termasuklah solat tarawih, tadarus dan tadabbur Al-Quran serta tak dilupakan, bersedekah.

Ouch! juga tidak mahu terlepas dalam membantu anda mengimarahkan lagi kembara Ramadan anda. Jom, kami perkenalkan beberapa inisiatif khas sepanjang bulan puasa ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu peroleh perlindungan Allah dan agar kamu bertakwa,” (Al-Baqarah, 2:183)

Lindung & Sedekah

Anda masih belum mempunyai sijil Pusara Pro? Dah bersedia nak dapatkan perlindungan Takaful hayat dengan Ouch! Pusara Pro? Jom, inilah peluang anda untuk melindungi keluarga sambil berpeluang untuk bersedekah kepada yang memerlukan. 

Bagaimana?
Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak Ouch! akan sedekah RM10 bagi pihak anda untuk setiap pendaftaran sijil Pusara Pro, hanya dari serendah RM4.13 sebulan! Sedekah ini akan disalurkan kepada dana MyKasih untuk membantu golongan yang memerlukan, termasuk golongan B40.

Untuk pengetahuan anda, MyKasih ialah organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah meringankan beban ramai pelajar dan keluarga yang memerlukan bantuan.

Antara program-program yang dijalankan termasuklah latihan keusahawanan, celik kewangan, dana pendidikan untuk anak-anak orang Asli, kesedaran kesihatan, dan bantuan makanan.

MyKasih mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah melalui agensi kebajikan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain-lain. Kriteria lain seperti jumlah tanggungan dan kepunyaan aset juga diambil kira sebagai syarat untuk layak menerima bantuan MyKasih.

Maka, jom lindungi keluarga sambil bersedekah kepada golongan yang memerlukan!

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain,” (Hadis Riwayat Thabrani)

Ikuti langkah mudah berikut untuk sertai Pusara Pro:

  1. Muat turun aplikasi Ouch! Takaful dan Insurans di Google Play Store atau Apple App Store
  2. Daftar emel dan lengkapkan eKYC.Tunggu pengesahan identiti anda. 
  3. Setelah pengesahan identiti berjaya, anda telah bersedia untuk mula mencarum Pusara Pro.
  4. Hanya jawab 4 soalan pengunderaitan dan lengkapkan kaedah pembayaran.

Tahniah, anda telah dilindungi Pusara Pro! Sijil anda akan dihantar melalui emel. Sijil anda juga boleh didapati dalam aplikasi Ouch!, bahagian “Peti Polisi”.

Jom Bersedekah melalui Aplikasi Ouch!

Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Apabila datangnya bulan Ramadan, inilah peluang untuk umat Islam berusaha menghapuskan dosa-dosa silam yang telah dibuat dan membanyakkan amal kebaikan. Maka, marilah kita bersama-sama bersedekah dan membantu orang lain yang memerlukan.

Ouch! ingin bersama-sama menjadikan bulan Ramadan kali ini yang lebih baik untuk anda dan membantu anda melakukan sedekah. Kini, anda boleh bersedekah kepada MyKasih dengan menggunakan aplikasi Ouch!.

Bagaimana?
Mudah sahaja! Di aplikasi Ouch!, anda boleh menggunakan mata ganjaran anda dan tebus nilai mata ganjaran anda sebagai sedekah kepada MyKasih atau Pertiwi.

  1. Log masuk ke aplikasi Ouch!
  2. Pilih “Ganjaran” pada pilihan menu di bawah skrin
  3. Pilih jumlah berdasarkan mata terkumpul anda
  4. Pilih “Tebus Ganjaran”

Nak kumpul lebih mata ganjaran? Di aplikasi Ouch!, pilih ruangan “Raih Mata” dan anda boleh lengkapkan mana-mana di bawah untuk mengumpul mata!

  1. Jawab survey Ouch! – Lengkapkan soalan mudah berkenaan celik kewangan dan Takaful digital untuk dapatkan mata ganjaran.
  2. Sertai Kita Cover Challenge – ajak rakan-rakan dan keluarga menyertai Ouch! menggunakan Kod Rujukan anda dan kumpul lebih banyak mata ganjaran!

PERCUMA E-Book Zikir Pagi & Petang

“Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Ra’d, 13:28)

Dalam urusan seharian kita, kita digalakkan untuk mengurangkan bercakap yang sia-sia dan memperbanyak zikir, terutamanya di bulan Ramadan ini. 

Selain memberi ketenteraman ke dalam hati dan mendekatkan kita dengan Allah, zikir juga akan menjadi pemberat timbangan amalan kita di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, Ouch! dengan berbesar hati ingin berkongsi kompilasi e-book zikir pagi dan petang dengan semua pembaca di sini. Dalam e-book ini juga, Ouch! berkongsi panduan ringkas pengurusan jenazah buat rujukan para pembaca sekiranya berlaku kematian.

Antara kandungan menarik dalam e-book ini:

  • Kelebihan Berzikir ✅
  • Zikir Pagi & Petang ✅
  • Panduan Ringkas Pengurusan Jenazah ✅
  • Tindakan Apabila Berlaku Kematian ✅
  • Tugas Selepas Pengebumian ✅

Semoga dengan sedikit usaha ini, kita semua dapat melalui bulan Ramadan ini dengan lebih baik.

Muat turun e-book Zikir Pagi & Petang di sini.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *