Ekstra 10% Jumlah Perlindungan? 6 Sebab Ouch! Takaful Hayat Pilihan Anda

Anda mahukan jaminan masa depan keluarga? Mempunyai anak-anak yang masih bersekolah? Masih ragu-ragu Ouch! sesuai untuk anda? Jangan risau. Jom, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 sebab Ouch! dan Pusara Pro merupakan pilihan anda!

Kenapa Ouch! Takaful Digital Pilihan Anda?

1. Ouch Protect Berhad (Ouch!) ialah pengendali Takaful digital pertama diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

BNM melancarkan Sandbox Pengawalseliaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penggunaan fintech dan menggalakkan inovasi secara menyeluruh dalam sektor kewangan Malaysia. Pendek kata, Ouch! akan bantu memudahkan perancangan kewangan anda. Hanya dengan satu aplikasi mudah alih, Ouch! menawarkan Pusara Pro, pelan Takaful hayat untuk anda hanya di hujung jari sahaja!

2. Bermula serendah RM4.13 sebulan, Ouch! menawarkan perlindungan mampu milik dengan Pusara Pro

Anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan minima RM50,000 untuk keluarga anda hanya dari RM4.13 sebulan. Murah ke murah? Melalui aplikasi Ouch!, anda juga boleh menggunakan kalkulator kewangan sebagai panduan untuk menentukan Jumlah Perlindungan yang sesuai untuk anda. Ingat, semua di hujung jari!

3. Perlindungan Manfaat Kematian sehingga RM500,000

Dengan Pusara Pro, anda hanya fokus kepada perlindungan dengan biaya rendah mengikut kemampuan anda, dan Ouch! akan memberi Jumlah Perlindungan hingga RM500,000! Anda boleh membantu untuk menampung kos sara hidup keluarga anda sehingga 10 tahun, langsaikan hutang dan biaya pendidikan anak-anak anda dengan dana ini.

4. Tambahan 10% Manfaat Ihsan dalam tempoh 24 Jam

Ouch! akan membayar tambahan Manfaat Ihsan 10% daripada Jumlah Perlindungan dalam tempoh 24 jam untuk meringankan beban kewangan yang tak diduga apabila berlakunya kematian. Mudahkan urusan orang tersayang anda menguruskan jenazah dan pengebumian.

5. Anda boleh mencarum dari seawal usia 16 tahun

Ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Jadi, lebih baik membuat persiapan awal demi menjamin masa depan yang tersayang. Dan, nak tahu tak? Dengan Ouch!, anda boleh mulakan mencarum Pusara Pro dari seawal usia 16 tahun! Nak tahu lebih lanjut? Boleh rujuk maklumat produk kami: Klik di sini.

6. Dapatkan lebih ganjaran apabila anda ajak rakan dan keluarga mencarum dengan Pusara Pro

Benda baik patut dikongsi. Jom, ajak rakan dan keluarga untuk mendapatkan perlindungan Takaful hayat dengan Pusara Pro dan anda boleh dapat ganjaran RM10 apabila mereka menggunakan kod rujukan anda! Bukan itu sahaja. Sekarang, sedang berlangsung Kita Cover Challenge 3.0 – Rujuk lebih ramai dan nikmati lebih ganjaran!

Pepatah mengatakan, “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Ouch! dah kongsikan sebab-sebab anda perlu dapatkan perlindungan Takaful hayat. Jadi, jangan tunggu lagi. Jom sediakan patung sebelum hujan dengan Pusara Pro.

Anda ada soalan? Jangan risau. Khidmat pelanggan kami beroperasi Isnin hingga Jumaat, dari 10 pagi – 6 petang. Anda juga boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di +6010 204 7180. Kami sedia membantu.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *