Ayuh raikan wanita yang telah membentuk dan melakar sejarah
Lama sebelum feminisme menjadi arus perdana, Islam sentiasa menegakkan martabat wanita dalam masyarakat. Pada zaman kanak-kanak perempuan ditanam hidup-hidup dan wanita hanya dipandang sebagai objek, Al-Quran telah diturunkan dan memperjuangkan hak-hak wanita serta mengiktiraf nilai wanita dalam masyarakat. Kaum hawa tidak pernah dilihat sebagai makhluk yang lebih rendah, “para wanita mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka” (Al-Baqarah 2:228). Malah, wanita telah memainkan peranan penting sepanjang sejarah Islam dan wanita Islam terus memberi impak dalam dunia hari ini. Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Ouch! meraikan sumbangan wanita-wanita hebat ini kepada dunia.

1. Khadijah bint Khuwailid
Salah satu tokoh paling penting dalam sejarah Islam ialah Khadijah bint Khuwailid, isteri kepada Rasullullah SAW yang telah memecahkan stereotaip lebih seribu tahun yang lalu. Digelar “Al-Tahira” kerana keadilan dan integriti beliau, Khadijah bint Khuwailid merupakan seorang pedagang dan usahawan yang berjaya. Di zaman masyarakat yang didominasi lelaki, beliau telah mengembangkan perniagaan yang diwarisinya menjadi lebih besar daripada semua perdagangan Quraysh yang lain. Khadijah merupakan orang pertama yang memeluk Islam dan percaya kepada Nabi Muhammad SAW setelah wahyu diturunkan. Khadijah memainkan peranan penting dalam dakwah Rasullullah, menggunakan kekayaannya untuk membantu Rasulullah SAW dalam tugasnya dan sentiasa memberi dorongan kepada suaminya ketika dalam keresahan dan kesusahan. Wanita ini telah memilih untuk mengharungi kesusahan dan dugaan demi Islam. Nabi Muhammad juga pernah bersabda bahawa Khadijah adalah salah satu daripada empat wanita hebat dalam sejarah manusia (Musnad Ahmad, 2896). Khadijah juga kekal sebagai satu-satunya isteri Rasulullah sehinggalah beliau wafat, bukti kasih sayang Rasulullah yang mendalam terhadapnya. Kejayaan dan sikap berdikari Khadijah yang jauh ke hadapan berbanding zamannya terus mengajar dunia hari ini tentang kepentingan dan kemampuan wanita untuk memainkan peranan dalam masyarakat.
2. Sutayta al-Mahamali
Berasal dari Baghdad, Sutayta Al-Mahamali merupakan seorang sarjana Islam dan ahli matematik yang masyhur ketika Zaman Kegemilangan Islam. Melalui kepakaran beliau dalam aritmetik dan algebra, beliau terkenal kerana kebolehannya untuk menyelesaikan masalah rumit berkaitan pengagihan harta pusaka (faraid). Sumbangan beliau dalam bidang harta pusaka bukan sahaja memajukan perkembangan matematik, tetapi juga menerapkan etika dan undang-undang Islam dalam pengagihan harta pusaka. Pada hari ini, proses pengagihan harta pusaka telah banyak dipermudahkan dan juga boleh dirancang terlebih dahulu melalui produk kewangan Islam seperti takaful untuk mengurangkan risiko sebarang pertikaian. Produk takaful seperti Pusara Pro akan membantu untuk menjamin kebajikan orang tersayang anda walaupun anda sudah tiada. Legasi Sutayta Al-Mahamali dalam bidang didominasi lelaki menekankan kepentingan dan kuasa ilmu pengetahuan dalam masyarakat.
3. Bisan Owda
Antara suara-suara hebat daripada Gaza yang telah menggoncang dunia, Bisan telah mempertaruh nyawa untuk mendokumentasikan setiap aspek kekejaman pihak Israel terhadap warga Palestin di Gaza. Liputannya telah menjangkau berjuta orang dari seluruh pelosok dunia. Keberanian beliau telah menghasilkan sebuah dokumentari pendek bersama AJ+ bertajuk, “It’s Bisan from Gaza and I’m Still Alive”. Dokumentari ini mendedahkan realiti keperitan hidup di bawah penjajahan tetapi juga menonjolkan ketabahan dan semangat rakyat Palestin yang tidak mudah pudar, termasuklah Bisan sendiri. Dokumentari ini telah dirakam semasa beliau tinggal dalam khemah sementara di depan Hospital Al-Shifa yang sepatutnya menjadi zon selamat. Dokumentari ini telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuklah Anugerah Emmy dalam kategori “Outstanding Hard News Feature Story”. Sebelum genosid, Bisan merupakan seorang aktivis dan pencerita yang sering bekerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UN) dan Kesatuan Eropah (EU), dalam isu seperti kesaksamaan gender dan inisiatif perubahan iklim. Bisan melambangkan semangat kuat dan ketabahan yang terus memberi inspirasi kepada umat Islam yang lain. Hari ini, Bisan masih terus melaporkan situasi di Gaza dengan penuh keberanian.
4. Tan Sri Professor Emeritus Dr. Mazlan Othman
Tan Sri Mazlan Othman merupakan ahli astrofizik pertama Malaysia, membuktikan bahawa wanita juga boleh berjaya dalam bidang sains. Sebagai Ketua Pengarah pertama Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA), beliau telah membina dasara dan penyelidikan dalam bidang angkasa negara. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam menubuhkan program angkasa Malaysia seperti pelancaran mikrosatelit Malaysia yang pertama, TiungSAT-1, pada tahun 2000; Program Angkasawan Negara yang telah menghantar angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor, ke Stesesn Angkasa Antarabangsa, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (United Nations Office of Outer Space Affairs, UNOOSA), di mana beliau telah memperjuangkan kerjasama global dalam bidang sains dan teknologi angkasa, terutamanya untuk negara-negara membangun. Tan Sri Mazlain terus menyumbang kepada dunia sains hari ini sebagai Pengarah Projek Akademi Sains Malaysia. Pencapaian Tan Sri Mazlan telah meletakkan Malaysia sebagai antara negara aktif dalam komuniti angkasa global dan melahirkan generasi saintis baru negara, terutamanya wanita, yang telah teraspirasi daripada beliau.
5. Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Tan Sri Zeti merupakan wanita pertama yang telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau telah mengetuai Bank Negara selama 16 tahun, menjadikan beliau gabenor paling lama berkhidmat dalam sejarah negara. Di bawah kepimpinannya, sistem kewangan Malaysia menjadi contoh sistem kewangan kukuh dan inovasi, terutamanya ketika krisis ekonomi global di mana polisi beliau telah memastikan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tan Sri Zeti telah mengetengahkan sistem kewangan Islam, meletakkan Malaysia sebagai hab antarabangsa untuk perbankan patuh Syariah dan memupuk kerjasama antarabangsa dalam sektor ini. Usaha beliau telah menggalakkan pembangunan sistem kewangan yang inklusif, pembangunan mapan, dan amalan perbankan yang beretika, mempengaruhi bukan sahaja Malaysia, tetapi juga komuniti kewangan antarabangsa. Tan Sri Zeti dianggap sebagai pelopor dalam kewangan Islam dan perintis untuk wanita dalam bidang perbankan pusat.
Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Al-‘Alaq 96:1)
Iqra’ (bacalah) adalah ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammada SAW. Ini menekankan kepentingan ilmu dalam kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat, tanpa mengambil kira jantina seseorang, seperti yang telah dibuktikan oleh wanita-wanita hebat ini yang telah mencabara dan memecahkan norma-norma rekaan masyarakat. Ouch! berharap kisah-kisah mereka telah memberi inspirasi kepada anda sebagaimana mereka telah menginsipirasi kami! Ayuh kita berusaha untuk mencontohi kecekalan dan dedikasi mereka dalam mengejar impian diri sendiri. Dan, jangan lupa juga untuk meraikan wanita-wanita hebat dalam hidup anda!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.