Membina daya tahan kewangan untuk keraian tanpa tekanan
Hari Raya adalah hari mulia yang disambut dengan penuh rasa syukur dan kemeriahan bersama sanak-saudara dan rakan taulan. Namun, apabila dewasa, persiapan musim perayaan seperti jamuan, baju dan juga tradisi pemberian duit raya boleh menjadi punca tekanan kewangan. Pada situasi seperti inilah daya ketahanan kewangan akan memainkan peranan penting.
Apakah daya ketahanan kewangan?
Istilah ini bermaksud kemampuan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang tidak dijangka tanpa terjerumus dalam kesusahan kewangan. Ketahanan kewangan melibatkan penyediaan jaringan keselamatan, mengurus perbelanjaan dengan bijak serta merancang masa hadapan dengan rapi. Ini selari dengan panduan kewangan Islam yang menekankan sikap berlaku adil dan bertanggungjawab.
Sebati dengan ajaran Islam juga adalah kepentingan memastikan kesejahteraan masyarakat sekeliling dan ini diterapkan dalam sistem kewangan Islam melalui konsep zakat dan takaful. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan ketahanan kewangan, terutamanya bagi mereka yang kurang bernasib baik.
- Zakat: Pengagihan Rezeki dan Jaminan Kestabilan Masyarakat
Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam dan boleh digambarkan sebagai satu bentuk sedekah yang wajib bagi mereka yang memenuhi kriteria kewangan tertentu. Bagi golongan ini, 2.5% daripada simpanan atau aset mereka hendaklah diberi kepada mereka yang memerlukan.
Zakat berfungsi sebagai salah satu kaedah pengagihan semula kekayaan bagi agihan yang lebih adil dan saksama. Ia adalah satu peringatan bahawa kita harus memainkan peranan secara kolektif untuk membina dan memelihara kesejahteraan masyarakat sekeliling. Bagi penerima zakat, agihan ini memberi mereka sedikit ruang untuk bernafas di kala dilanda kesesakan kewangan semasa musim perayaan.
Sumbangan daripada zakat anda boleh membantu untuk meringankan beban dan menampung perbelanjaan penting seperti makanan dan pakaian perayaan agar mereka juga boleh menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan. Semangat saling tolong-menolong adalah sebati dengan semangat sambutan Hari Raya.
- Jaringan Keselamatan Berasaskan Komuniti
Takaful adalah alternatif kepada insurans konvensional, yang berasaskan prinsip saling bantu-membantu dan tanggungjawab bersama. Produk takaful tidak berpaksi kepada keuntungan dan mengumpul derma daripada sebahagian wang sumbangan yang dibayar untuk tujuan membantu rakan peserta takaful yang dilanda kesusahan (tabarru’). Ia berfungsi sebagai jaringan keselamatan yang berteraskan komuniti.
Berbeza dengan bantuan zakat yang memenuhi keperluan segera, takaful pula menyediakan perlindungan kewangan jangka panjang. Jika terjadi sebarang kecemasan kesihatan ketika sambutan Hari Raya, perlindungan takaful boleh membantu kos perubatan tanpa menjejaskan status kewangan anda. Jika berlakunya kematian yang tidak dijangka, produk seperti Pusara Pro boleh memastikan orang tersayang anda mempunyai jaminan kewangan untuk mengharungi masa sukar.
Takaful adalah antara cara praktikal untuk membina daya ketahanan kewangan yang berteraskan ajaran Islam. Perlindungan takaful bukan sahaja melindungi diri anda, malah juga memainkan peranan penting untuk menyumbang kepada sistem yang saling membantu ketika dilanda kesusahan.

- Tips Kewangan untuk Hari Raya
- Sediakan bajet realistik untuk perbelanjaan Hari Raya. Utamakan perbelanjaan keperluan berbanding keinginan dan elakkan hutang yang tidak perlu.
- Tunaikan zakat sebelum 1 Syawal. Ini bukan sahaja akan memberkati rezeki anda tetapi juga memastikan sumbangan anda dikongsi dengan mereka yang memerlukan
- Pertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan Takaful jika anda belum memilikinya. Ini akan membina daya ketahanan kewangan anda dan memastikan orang tersayang anda akan dilindungi sekiranya terjadi sebarang kecelakaan.
- Simpanan untuk masa hadapan dan asingkan juga sebahagian pendapatan anda untuk dana kecemasan, percutian impian ataupun sambutan perayaan. Simpanan kecil yang konsisten akan membantu anda dalam jangka panjang. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
- Beri duit raya mengikut kemampuan. Anda tidak perlu memberi tekanan kewangan kepada diri sendiri hanya untuk sambutan Hari Raya. Pertimbangkan juga pemberian dalam bentuk lain seperti menderma kepada badan amal atau membantu ahli keluarga yang lebih memerlukan.
Ketika kita sibuk dengan persiapan Hari Raya, jangan lupa luangkan masa untuk menilai status kewangan semasa dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Sama ada menunaikan zakat, mendapatkan perlindungan takaful ataupun perancangan kewangan, setiap langkah yang kita ambil akan membawa kita ke arah daya ketahanan kewangan yang lebih kukuh.
Ayuh, kita sambut Syawal dengan rasa syukur, tenang, dan keyakinan yang datang daripada mengetahui bahawa kita sedang membina masa depan kewangan yang kukuh untuk diri sendiri dan orang tersayang. Ouch! mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua!
BINGO dengan Ouch!
Ramadan yang telah berlalu dan Syawal yang tiba pasti mempunyai banyak kenangan indah. Jom cipta lebih banyak momen indah dan kongikan dengan template BINGO dari Ouch!. Muat turun di sini atau di Instagram Ouch! dan tag keluarga dan sahabat andai (dan Ouch! juga) di story Instagram anda!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.