Jimat lebih dan kurangkan stres proses e-Filing dengan memanfaatkan pelepasan cukai yang ditawarkan
Musim e-Filing Kembali lagi, dan jika anda sedang mencari maklumat untuk mengurangkan bil cukai pendapatan anda, anda berada di tempat yang betul. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menawarkan pelbagai pelepasan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2024 dan salah satu cara untuk menjimatkan cukai adalah melalui sumbangan takaful atau zakat.
Ayuh kita teliti senarai pelepasan cukai pendapatan yang perlu anda ketahui dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya.
Apakah itu Pelepasan Cukai?
Pelepasan cukai adalah potongan yang mengurangkan pendapatan bercukai anda yang dibenarkan oleh kerajaan. Demikian itu, jumlah cukai yang perlu anda bayar juga akan berkurangan. Untuk tahun 2024, terdapat beberapa pelepasan yang tersedia, termasuk perbelanjaan perubatan, yuran pendidikan, serta pelepasan seperti bayaran takaful yang membantu anda mengurangkan cukai yang perlu dibayar sambil memenuhi tanggungjawab kewangan dan agama anda.
Pelepasan Cukai Berkaitan Islam yang Perlu Anda Tahu
- Sumbangan Takaful untuk Diri Sendiri
Anda boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM 3,000 untuk sumbangan pelan takaful anda sendiri. Ini termasuk pelan takaful seperti perlindungan hayat dan perlindungan perubatan, yang bukan sahaja memberikan perlindungan kewangan tetapi juga membantu mengurangkan pendapatan bercukai anda.
- Sumbangan Zakat
Salah satu rukun Islam, iaitu zakat, juga diiktiraf oleh LHDN sebagai perbelanjaan yang boleh mengurangkan cukai pendapatan anda. Sebarang sumbangan zakat yang telah dibayar sepanjang tahun taksiran cukai boleh ditolak sepenuhnya daripada pendapatan bercukai anda.
Firman Allah SWT: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa)…” (At-Tawbah, 9:103)
Pelepasan cukai seperti ini bukan sahaja dapat mengurangkan bayaran cukai anda, tetapi juga menyelaraskan pengurusan kewangan anda dengan prinsip-prinsip Islam. Sumbangan takaful dan bayaran zakat anda membantu anda memenuhi tanggungjawab agama sambil menikmati penjimatan cukai.

Lain-Lain Pelepasan Cukai Utama 2024
- Gaya Hidup (Terhad RM2,500 dan tambahan terhad RM1,000): Ini termasuk perbelanjaan seperti pembelian buku, peralatan sukan dan juga langganan internet.
- Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa (Terhad RM8,000): Jika anda telah menanggung kos perubatan ibu bapa, anda boleh menuntut pelepasan ini.
- Yuran Pengajian (Terhad RM7,000): Pelepasan ini merangkumi yuran pendidikan untuk diri sendiri, ataupun sehingga RM8,000 untuk yuran pengajian anak anda yang belum berkahwin.
- Caruman KWSP (Terhad RM7,000): Caruman KWSP anda juga boleh mengurangkan cukai pendapatan anda.
- Sumbangan Skim Persaraan Swasta (Terhad RM3,000): Sumbangan kepada skim persaraan swasta juga layak untuk pelepasan cukai.
Senarai penuh pelepasan cukai LHDN boleh didapati di sini.
Tip untuk Maksimumkan Pelepasan Cukai
- Simpan resit anda: Sama ada untuk sumbangan takaful, perbelanjaan perubatan atau yuran pengajian, pastikan anda simpan semua resit dan dokumen yang diperlukan.
- Perancangan awal: Jangan tunggu hingga saat akhir untuk membayar sumbangan. Sebarkan pembayaran sepanjang tahun untuk mengurus aliran tunai anda dengan baik.
- Pertimbangkan pelan takaful: Produk-produk takaful seperti Pusara Pro menawarkan manfaat yang tersendiri. Pertimbangkan pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan matlamat anda.
- Rujuk pakat cukai: Jika anda tidak pasti tentang pelepasan cukai anda, adalah lebih baik jika berunding dengan pakai cukai untuk khidmat nasihat mereka.
e-Filing tidak semestinya menjadi pengalaman yang menggerunkan. Dengan pengetahuan dan perancangan yang baik, anda boleh memanfaatkan pelepasan cukai secara maksima untuk menjimatkan wang sambil memenuhi tanggungjawab kewangan dan agama anda.
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.