Panduan Sambutan Hari Raya yang Lebih Sihat

Raikan sambutan Hari Raya tanpa sebarang sesalan

Alhamdulillah, sekali lagi kita dikurniakan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bulan Syawal ini disambut dengan penuh kegirangan, rasa syukur dan kebersamaan. Tidak disangkal bahawa sambutan ini pasti tidak lengkap tanpa jamuan raya yang lazat seperti lemang, rendang dan kuih raya.

Sesungguhnya, sajian yang enak belaka ini pasti menguji kecekalan kita untuk terus mengamalkan tabiat pemakanan sihat yang telah dibentuk sepanjang bulan Ramadan. Sesuai sekali sambutan Hari Raya tahun ini berlangsung serentak dengan Hari Kesihatan Sedunia. Peringatan yang tiba tepat pada masanya untuk menghargai kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang sederhana sambil beraya agar dapat terus kekal sihat. Lagipun, kita perlu sihat untuk menikmati kemeriahan sambutan bulan Syawal.

Kredit: Free Malaysia Today

Makanan sememangnya adalah sebahagian besar daripada budaya negara kita dan sudah sebati dalam jiwa masyarakat untuk sentiasa memberi layanan istimewa kepada semua tetamu, terutamanya ketika sambutan rumah terbuka Hari Raya. Walaupun hidangan yang berpelbagai menggoda kita untuk memenuhi nafsu makan, ingatlah bahawa makan secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan, keletihan dan juga masalah kesihatan jangka panjang.

Ouch! telah menyediakan beberapa tip untuk membantu anda menikmati sambutan Hari Raya tanpa mengabaikan kesihatan diri:

1. Makan secara bersederhana: Silakan nikmati hidangan kegemaran anda, tetapi ambillah dalam kuantiti yang kecil atau sederhana, terutamanya apabila adanya bufet hidangan istimewa di rumah terbuka yang pasti menggiurkan.

“Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas” (Al-A’raaf 7:31).

Amalkan wasatiyyah dalam berhari raya. 

2. Kekal aktif: Masukkan unsur aktiviti fizikal atau bersukan dalam sambutan Hari Raya. Ajak mereka jalan-jalan santai selepas makan, ataupun ajak keluarga anda untuk bermain pickleball bersama sebagai aktiviti Raya!

3. Kekal terhidrat: Banyakkan minum air, terutamanya apabila mengambil makanan yang manis atau masin. Ini akan membantu proses pencernaan dan mengekalkan tahap tenaga anda. Untuk negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia, secara amnya penting untuk pastikan anda sentiasa terhidrat!

4. Pilih makanan yang lebih sihat: Jika boleh, pilih hidangan yang dibakar atau dikukus berbanding yang digoreng atau berminyak. Banyakkan juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan anda.

Ataupun, bawa snek buah sendiri ke rumah terbuka untuk pastikan anda sentiasa mempunyai pilihan untuk mengimbangi makanan anda.

5. Beri perhatian kepada badan anda: Perhatikan badan anda apabila ia memberi sebarang isyarat. Berhenti makan apabila kenyang. Jika tidak mampu untuk menolak pelawaan orang tua, ambillah sedikit untuk menjamah sebagai memenuhi syarat.

Kesihatan yang baik adalah antara nikmat terbesar yang boleh kita miliki. Sambutan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun, adalah peringatan global untuk mengutamakan kesihatan dan melindungi kesejahteraan diri. Sebagaimana kita menjaga dan mengukuhkan hubungan silaturahim semasa Hari Raya, kita juga harus memberi semangat yang sama untuk menjaga kesihatan diri agar dapat terus berada di sisi orang tersayang.

Di sinilah perlindungan takaful memainkan peranan penting untuk melindungi diri sendiri dan juga orang tersayang. Produk takaful seperti Pusara Pro adalah satu cara untuk bersedia menghadapi sebarang kecelakaan sambil berpegang pada prinsip Islam.

Pada Syawal ini, raikan Hari Raya bukan sahaja dengan jamuan dan kemeriahan, tetapi juga dengan komitmen baru untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan kita. Daripada semua warga Ouch!, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan ingatlah: kesihatan anda adalah aset paling berharga!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *