Tahukah anda, menurut Malaysian Takaful Association, hampir separuh daripada rakyat Malaysia (46%) tidak mempunyai perlindungan kewangan peribadi? Statistik ini membimbangkan, terutamanya apabila trend yang sama dapat dilihat dalam kalangan Perusahaan Kecik dan Sederhana (Small and Medium-sized Enterprises, SME) di mana kurang daripada 20% mempunyai perlindungan Takaful. Realiti sebenarnya, perlindungan insurans/takaful dianggap sangat rumit, kompleks dan sukar diakses menyebabkan jurang antara perlindungan insurans/takaful dan komuniti terabai semakin luas.
Kerajaan Malaysia mengenal pasti keperluan terdesak ini dan memperuntukkan RM5 juta subsidi untuk menampung mikro-takaful untuk usahawan kecil dan baucar Perlindungan Tenang sebanyak RM30 dalam Bajet 2025 untuk menggalakkan penyertaan daripada komuniti berpendapatan rendah. Kami di Ouch! sangat berbesar hati menyokong usaha ini dengan menawarkan produk digital dengan kos yang lebih murah dan proses yang ringkas serta telus untuk mendapatkan perlindungan Takaful.
Kami menawarkan alternatif yang lebih baik dan mudah sekaligus mengatasi cara perlindungan pekerja secara tradisional yang kompleks dan sukar diuruskan. Ouch! dengan bangga memperkenalkan program khas untuk SME: Perlindungan Tajaan Majikan!
Memperkenalkan Pusara Pro: Perlindungan Asas Mudah Tiada Bandingan
Produk pertama Ouch!, Pusara Pro, takaful keluarga/hayat yang direka khas untuk memberikan perlindungan sepenuhnya tanpa penambahan yang tidak diperlukan seperti pelaburan. Perlindungan Takaful serta-merta ini dengan kos berpatutan yang menjamin masa depan kewangan keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia.
Dengan Pusara Pro, pekerja anda akan mendapat perlindungan sehingga RM500,000 bermula dari serendah RM4.13 sebulan, perlindungan ekstra 10% Manfaat Ihsan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung keluarga anda dan segal proses dibuat secara dalam talian!
Mengapa Ouch! Pilihan Ideal untuk Pekerja Anda?
Ouch! menawarkan perlindungan yang berpatutan, mudah alih, dan senang diakses di mana-mana sahaja, memberikan alternatif baru kepada SME untuk melindungi pekerja:
- Berpatutan & Digital: Beroperasi secara digital membantu lebih banyak penjimatan kos seperti pembayaran ejen dan kertas kerja, sekaligus memberikan peluang kepada Ouch! untuk menawarkan amaun sumbangan takaful yang kompetitif, bermula dari serendah RM4.13 sebulan.
- Inisiatif sendiri & mesra pengguna: Aplikasi kami senang diguna pakai dan memudahkan pekerja untuk membuat pendaftaran sendiri. Pekerja boleh melakukan pendaftaran, mengesahkan identiti melalui electronic Know Your Customer (e-KYC), dan membuat tuntutan, segalanya hanya dengan satu aplikasi yang intuitif!
- Perlindungan Mudah Alih: Tidak seperti perlindungan tradisional, perlindungan Pusara Pro tidak terikat dengan majikan. Ini bermaksud pekerja boleh meneruskan pembayaran sumbangan sendiri sekiranya mereka berhenti kerja, memastikan perlindungan takaful mereka tidak terganggu.
- Inklusif & Beretika: Berlandaskan prinsip Syariah, Pusara Pro terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, yang berminat dengan perlindungan beretika.
Di Ouch!, perlindungan Takaful lebih ringkas dan berpatutan dengan manfaat ekstra. Kami komited dalam usaha untuk merapatkan jurang antara perlindungan takaful/insurans dan komuniti yang terabai.
Dah bersedia untuk menjamin ketenangan minda pekerja anda dan menunjukkan komitmen anda sebagai majikan yang manjaga kebajikan pekerja? Ketahui bagaimana Ouch! bantu melindungi perusahaan anda.
Kami akan menghubungi anda sebaik sahaja menerima maklumat yang tepat.
Artikel berita berkaitan:
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.