Kemerdekaan bukan sekadar pencapaian, tetapi amanah untuk melindungi generasi seterusnya.
Pada 31 Ogos setiap tahun, Malaysia meraikan Hari Kebangsaan untuk memperingati pengorbanan nenek moyang kita demi kemerdekaan negara. Tidak hairanlah sambutan Hari Kebangsaan sering diiringi dengan perbualan tentang menghargai jasa nenek moyang, patriotisme dan merenung pencapaian negara sejak zaman penjajahan.
Tetapi, pada tahun ini, Ouch! ingin pendekatan yang berbeza, memberi tumpuan kepada generasi yang akan mewarisi bumi ini. Di kala dunia menghadapi isu-isu peningkatan kos sara hidup, perubahan iklim, dan masa hadapan yang tidak menentu, patriotisme hari ini bukan lagi tentang mempertahankan negara atau nyanyian lagu Negaraku. Keselamatan kewangan, kesihatan, dan rohani adalah asas penting untuk kesejahteraan negara. Hari Kebangsaan ini, mari kita raikan dengan azam untuk melindungi generasi masa depan.
Tiga Realiti Berat Hari Ini
Masyarakat hari ini bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, terutamanya dengan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (sales and service tax, SST) dan penstrukturan semuaka tarif elektrik. Hal ini menjadikan keperluan asas semakin sukar dimiliki. Jika generasi terdahulu boleh bergantung kepada pencen dan pekerjaan tetap untuk kesenangan di hari senja, generasi hari ini menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu dan jaminan pekerjaan yang berkurangan. Malah, simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dahulunya menjadi harapan untuk persaraan selesa kini mungkin tidak mencukupi untuk persaraan yang bermaruah.
Anak muda pada zaman ini juga berhadapan dengan cabaran tersendiri. Walaupun kadar pengangguran seluruh negara telah mencapai paras terendah dalam 10 tahun, kadar pengangguran belia kekal tinggi pada 10.3% atau bersamaan dengan hampir 300,000 anak muda yang masih mencari pekerjaan.
Pada masa yang sama, Malaysia sedang menuju ke arah negara tua. Menjelang tahun 2040, 14% daripada rakyat Malaysia akan berumur 65 tahun dan ke atas. Namun, data terkini memberi bayangan yang membimbangkan kerana hanya 5.1% warga emas mempunyai simpanan KWSP yang mampu bertahan selepas mereka mencapai umur 65 tahun.
Secara lazim, bebanan kewangan ini akhirnya akan ditanggung oleh anak-anak mereka. Tekanan ini akan paling dirasai oleh “generasi sandwic” yang perlu menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapa yang telah berusia sambil membesarkan anak-anak sendiri. Digabungkan dengan kadar inflasi yang meningkatkan kos utiliti, makanan, dan perubatan, “merdeka” terasa rapuh bagi jutaan isi rumah.
3 Langkah untuk Lindungi Generasi Akan Datang
Untuk sambutan Hari Kebangsaan kali ini, ayuh kita mengukir erti yang lebih bemakna kepada “merdeka”. Bukan hanya sekadar sambutan perarakan, ucapan dan kibaran Jalur Gemilang, tetapi lebih bermakna jika kita berusaha sedaya upaya untuk membina sistem sokongan yang mampu mempertahankan masyarakat dalam apa jua krisis. Sebuah negara di mana ibu bapa di usia tua dan anak-anak diberi perlindungan kukuh, membentuk masyarakat yang saling bertanggungjawab.
Takaful adalah pelan perlindungan yang berteraskan semangat tanggungjawab bersama-sama dan boleh memberi kita jalan untuk mewariskan sesuatu yang bermakna. Sama ada untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, atau perbelanjaan harian, pelan Takaful akan memberi perlindungan ketika saat ia paling diperlukan. Anda boleh memulakan langkah anda dengan cara berikut:
1. Audit kewangan keluarga: Jumlahkan semua perbelanjaan bulanan seperti bayaran pinjaman, utiliti, barangan dapur dan yuran sekolah. Kemudian, bandingkan dengan perlindungan insurans atau Takaful sedia ada. Sebagai panduan, perlindungan harus sekurang-kurangnya 10 kali ganda jumlah perbelanjaan tahunan anda. Jika kurang, keluarga anda mungkin terjejas jika dilanda musibah.
2. Cari pelan Takaful yang sesuai: Kini terdapat pelan perlindungan yang boleh melindungi tiga perkara penting dengan satu sumbangan – rawatan untuk ibu bapa, penggantian pendapatan untuk diri sendiri, dan dana pendidikan anak-anak.
Selain itu, terdapat juga syarikat pemula Takaful seperti Ouch! yang menawarkan pelan perlindungan yang lebih fleksibel dan mampu milik, dengan pendaftaran mudah secara atas talian. Pilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda dan dapatkan perlindungan hari ini walaupun bermula dengan jumlah yang kecil.
3. Namakan dan didik waris anda: Namakan pewaris anda, dan juga persiapkan mereka dengan ilmu kewangan. Ambil masa untuk berbicara tentang hibah, harta pusaka, dan sekurang-kurangnya asas celik kewangan dengan keluarga anda. Topik-topik ini adalah perbualan penting yang akan memberi manfaat yang berpanjangan.
Usaha untuk melindungi generasi akan datang bukan sekadar langkah bijak daripada segi kewangan, tetapi satu amanah yang harus dilaksanakan. Ini adalah seruan untuk kita bertindak dengan wawasan, penuh dengan kasih sayang dan tanggungjawab demi membina dunia yang lebih baik untuk generasi seterusnya.

Dan hendaklah orang-orang yang bimbang (kalau-kalau) mereka meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, mereka hendaklah bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berkata dengan perkataan yang benar.“
(Surah An-Nisa’, 4:9)
Minda dan Jiwa Merdeka
Hari Kebangsaan bukanlah sekadar tarikh dalam sejarah, tetapi berkait rapat dengan cara pemikiran tentang daya tahan dan tanggungjawab. Nenek moyang kita telah memberi kemerdekaan yang cukup bermakna. Kini, tiba giliran kita untuk melindungi kebebasan itu dengan membina jaringan keselamatan kewangan yang kukuh untuk generasi akan datang.
Patriotisme boleh dizahirkan dengan cara yang cukup bermakna dengan menjalankan tanggungjawab bersama-sama untuk membina masa depan di mana setiap rakyat Malaysia, terutamanya yang muda dan bersemangat tinggi, mempunyai peluang untuk bukan sekadar hidup tetapi mampu terus berkembang maju. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.