Takaful, perlindungan utama di hari tua
Di sebalik isu hangat kenaikan kos sara hidup, antara risiko kewangan terbesar yang dihadapi masyarakat Malaysia hari ini adalah kemungkinan bersara tanpa wang simpanan yang cukup untuk meneruskan kehidupan yang selesa. Kebanyakan rakyat, terutamanya mereka yang bekerja di luar sektor formal, prospek bersara tanpa simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sekadar kebarangkalian, tetapi realiti yang perlu dihadapi.
Data terkini melakarkan situasi yang membimbangkan. Setakat 2024, hanya 36% ahli aktif KWSP mencapai paras simpanan asas yang disyorkan KWSP (RM240,000) untuk menyokong gaya hidup persaraan yang sederhana. Juga didapati bahawa 81% ahli KWSP berumur bawah 55 tahun dijangka akan bersara di bawah paras kemiskinan, dan lebih separuh daripada golongan ini mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
Persaraan Tanpa Perlindungan
KWSP adalah teras sistem persaraan Malaysia untuk memberi peluang terbaik menghadapi usia emas dengan tenang. Namun, sistem ini tidak dapat melindungi semua rakyat. Malah, bagi yang mencarum sekalipun, tidak semestinya simpanan itu mencukupi untuk menghadapi persaraan.
Golongan pekerja gig, peniaga kecil, suri rumah, pekerja sektor tidak formal, dan mereka yang membuat pengeluaran besar dari KWSP semasa pandemik COVID-19 adalah antara yang lebih cenderung menghadapi persaraan tanpa keupayaan kewangan asas seperti makanan, perumahan, atau kesihatan, apatah lagi kecemasan.
Tanpa simpanan KWSP atau pencen, ramai antara mereka akan terpaksa bergantung kepada anak-anak, sumbangan masyarakat ataupun hidup tanpa keperluan asas seperti rawatan kesihatan atau ubat-ubatan yang diperlukan. Seiring kenaikan kos sara hidup, penstrukturan tarif elektrik di Malaysia dan kos perlindungan kesihatan yang semakin meningkat, membina kestabilan kewangan selepas usia 60 tahun adalah sesuatu yang semakin mencabar.
Menurut Kajian Penuaan dan Persaraan Malaysia (Malaysia Ageing and Retirement Survey, MARS), hanya 5.1% warga emas mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi untuk bertahan selepas umur 65 tahun. Tekanan kewangan ini dirasai dan ditanggung oleh generasi anak-anak mereka yang telah dewasa dan turut menghadapi cabaran tersendiri untuk membina kestabilan kewangan. Dengan nisbah penuaan negara yang terus meningkat, membina masa depan persaraan yang berdaya tahan menjadi semakin penting.
Takaful: Talian Hayat Ketika Kesusahan
Ketika dilanda kesesakan kewangan, pasti kita akan mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan. Dengan peningkatan kadar pelan perlindungan, pasti ramai yang akan terdorong untuk menamatkan pelan perlindungan Takaful mereka.
Tetapi Takaful bukanlah perbelanjaan yang boleh diambil remeh kerana ia adalah perlindungan penting yang seharusnya dikekalkan, terutamanya apabila anda tidak lagi mempunyai pendapatan tetap atau simpanan KWSP yang mencukupi. Tambahan pula, kos perubatan kian meningkat.
Walaupun sistem perkhidmatan kesihatan awam Malaysia adalah mampu milik, tempoh menunggu yang panjang serta kapasiti yang terhad boleh memaksa anda untuk mendapatkan rawatan swasta. Mengambil kira faktor-faktor ini, membatalkan pelan Takaful ketika kesesakan kewangan boleh mendedahkan anda dan keluarga kepada risiko kewangan yang jauh lebih besar pada masa akan datang.
Sebaliknya, pertimbangkan langkah seperti berikut:
- Menurunkan (downgrade) tahap perlindungan buat sementara waktu
- Tukar kepada pembayaran bulanan untuk menguruskan aliran tunai
- Meneroka pelan Takaful mampu milik seperti Pusara Pro yang bermula dari serendah RM4.13 sebulan. Pelan berpatutan ini memberi peluang golongan berpendapatan rendah dan pesara untuk mendapatkan perlindungan.
Perlindungan Takaful akan membantu menjaga kesejahteraan kewangan anda dan orang tersayang sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal; membiayai perubatan melalui manfaat perlindungan tambahan (rider) untuk penyakit kritikal; dan mengekalkan legasi anda melalui hibah – iaitu pemberian patuh syariah yang memastikan keluarga anda akan menerima manfaat secara serta merta.
Semua ini dapat memastikan anda dan keluarga akan terus dilindungi walaupun dalam situasi kewangan yang mencabar. Oleh sebab itu, kekalkanlah pelan perlindungan anda walaupun dalam bentuk yang lebih bersederhana.

Bersara dengan Bermaruah
Sebagai sebuah syarikat Takaful digital, kami percaya pelan perlindungan adalah sesuatu yang sepatutnya mudah didapati, berteraskan empati dan selaras dengan keperluan hidup anda, sama ada anda baru memulakan kerjaya atau sedang merancang hari tua.
Pelindungan sebenar bukan tentang jumlah wang simpanan anda tetapi sebaik mana kesejahteraan anda dilindungi. Sama ada anda berumur 30 atau 60 tahun, lebih awal anda merancang, lebih tenang jiwa anda kelak. Walaupun tidak mempunyai simpanan KWSP, anda masih mempunyai pilihan dan peluang untuk melindungi masa depan serta kesejahteraan keluarga. Ingat, sumbangan kecil hari ini boleh membina hari tua yang penuh bermaruah dan perlindungan yang kukuh pada masa depan.
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.