Aidiladha Mengilhamkan Konsep Takaful

Rahmat Yang Maha Kuasa dan tanggungjawab kesejahteraan bersama

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji, adalah antara hari terpenting dalam kalendar Islam. Kisahnya mengajar kita tentang keteguhan iman, pengorbanan dan  ketakwaan yang akan dibalas rahmat Allah SWT yang sentiasa menjamin kesejahteraan kita.

Kisah ketakwaan dan pengorbanan Nabi Ibrahim (AS) dan amalan Raya Haji mencerminkan prinsip Takaful untuk saling membantu, tanggungjawab kolektif serta memberi perlindungan kepada yang memerlukan. Ia menjadi aspirasi kepada misi Takaful untuk mewujudkan jaringan keselamatan kewangan yang berlandaskan syariah dan berpaksikan masyarakat.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa” 

(Al-Maaidah, 5:2)

1. Kisah Nabi Ibrahim: Perlindungan Tuhan melalui kepercayaan teguh dan semangat kemasyarakatan

Hari Raya Aidiladha memperingati kisah kepercayaan teguh Nabi Ibrahim (AS) kepada Allah SWT walaupun beliau diuji hebat setelah diperintahkan dalam mimpi untuk mengorbankan anak kesayangannya, Ismail (AS). Nabi Ibrahim dengan penuh ketakwaan telah bersedia untuk mentaati perintah-Nya. Namun, Allah SWT telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing/kibas pada saat akhir, membalas keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim serta anaknya dengan rahmat-Nya.

Ini menggambarkan bahawa perlindungan Ilahi akan sentiasa ada untuk mereka yang bertawakal  dan percaya sepenuhnya kepada Allah SWT. Perlindungan Takaful beroperasi berdasarkan prinsip yang sama di mana tiada siapa akan dibiarkan tanpa sebarang perlindungan. Para peserta memberi sumbangan dengan penuh kepercayaan dan pengetahuan bahawa mereka juga akan memainkan peranan untuk melindungi peserta yang lain ketika dilanda musibah.

2. Korban: Sistem bantuan masyarakat

Ibadah korban adalah amalan yang memerlukan kerjasama antara masyarakat dan perlu dilaksanakan mengikut hukum yang telah ditetapkan. Antaranya, hanya haiwan yang sihat boleh dijadikan korban dan dagingnya pula hendaklah dibahagikan secara adil antara ahli keluarga, rakan-rakan dan juga kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Model bantuan secara terancang ini terlihat juga pada operasi pengurusan Takaful di mana peraturan yang telus mengawal pengagihan dan bayaran. Produk Takaful seperti Pusara Pro mewujudkan jaringan keselamatan kewangan untuk semua peserta, terutamanya mereka yang dilanda kesusahan kewangan.

Pendekatan yang tersusun ini menggambarkan penekanan Islam dalam kepentingan tanggungjawab kolektif untuk menjaga masyarakat – sama ada dalam ibadah ataupun juga kesejahteraan kewangan.

3. Haji: Mewujudkan peluang saksama

Apabila umat Islam dari seluruh dunia berkumpul untuk menunaikan ibadah Haji, tawaf, sa’i, dan berhimpun di Padang Arafah, semuanya dilakukan secara kolektif. Setiap jemaah juga berpakaian putih dan bersederhana di dalam ihram atau telekung, menggambarkan tiada perbezaan darjat dan status di hadapan Allah SWT.

Mengambil iktibar daripada prinsip ini, Takaful bertindak sebagai antara cara untuk menghapuskan atau mengurangkan kerentanan kewangan dalam kalangan masyarakat melalui sumbangan kepada Dana Komuniti melalui konsep tabbaru’. Tiada seorang pun yang akan ditinggalkan, sama ada di Padang Arafah ataupun ketika menghadapi sebarang krisis kewangan.

Gambar oleh Khaled Al-Kayali

Takaful: Penerapan moden nilai-nilai Aidiladha

Peristiwa Hari Raya Haji bukanlah sekadar sejarah untuk renungan. Peristiwa ini merupakan peringatan untuk memainkan peranan membina semangat tanggungjawab kolektif dan kerjasama antara masyarakat.

Bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kesepakatan laungan suara gema takbir, serta pengagihan daging korban secara adil dan teratur menggambarkan visi Islam untuk mewujudkan masyarakat saling membantu demi kesejahteraan bersama-sama.

Takaful menawarkan penerapan moden nilai-nilai ini dalam dunia kewangan. Berbeza dengan insurans konvensional yang kadangkala dilihat mengambil kesempatan terhadap musibah orang lain, Takaful beroperasi berlandaskan konsep saling membantu, perkongsian risiko dan perlindungan beretika dan amanah. Inisiatif seperti Pusara Pro menghidupkan nilai-nilai ini dengan menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang patuh syariah dan inklusif untuk semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Ouch!

Kisah Nabi Ibrahim (AS) mengajar kita bahawa iman perlu diiringi tindakan dan pengorbanan perlu berlandaskan aturan. Takaful bukanlah sekadar produk kewangan. Ianya adalah personifikasi semangat Aidiladha.

Jika anda masih belum ada perlindungan Takaful, ambillah peluang ini untuk mendapatkan perlindungan. Lindungi orang yang tersayang, berbaktilah kepada masyarakat, sandarkan hati kepada Allah SWT dan jalinlah tali kepercayaan dalam kalangan komuniti.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *