Usaha merapatkan jurang antara perlindungan Takaful/insurans dan komuniti yang memerlukan
Baru-baru ini, Ouch Protect Berhad (Ouch!) menyertai program The Insurance Collective Roadshow 2025 yang telah diadakan di Financial Services Library, Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Kuala Lumpur. Program ini mengumpulkan pakar-pakar daripada institusi kewangan, takaful dan teknologi, lantas menyediakan platform kerjasama untuk membincangkan masalah-masalah dalam industri dan penyelesaian yang strategik untuk menangani perkara-perkara tersebut.
Dalam program ini, Shazy Noorazman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ouch!, disertai oleh pakar-pakar industri yang lain, antaranya:
- R Kumaran, CEO, The Insurance Collective;
- Radzuan Mohamad, CEO, Malaysian Takaful Association;
- Rangam Bir, CEO, AmMet Life Insurance Berhad;
- Hui Lynn Tan, Rakan Kongsi, Robin Lynn & Lee;
- Max Ang, Insurance Technology Research Adviser, APAC, Celent; dan
- Ragunath “Pak Joe” Murthy, Chief Rainmaker, reAInmaker.

DITO: Peluang merapatkan jurang antara perlindungan Takaful/insurans dan komuniti yang memerlukan
Dalam sesi ini, Shazy mengambil peluang menekankan kewujudan jurang antara perlindungan Takaful/insurans dan kebanyakan masyarakat Malaysia, terutamanya dari golongan B40. Hal ini adalah kerana Takaful/insurans yang semakin kompleks dan tidak mudah difahami. Untuk menangani isu ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuka permohonan lesen untuk penanggung insurans dan pengendali takaful digital (Digital Insurers and Takaful Operators, DITO), yang merevolusikan cara takaful dan insurans direka, diedarkan dan dimanfaatkan. DITO menggalakkan industri insurans dan takaful untuk memanfaatkan kemajuan teknologi dan digital untuk menghasilkan produk yang lebih ringkas, mudah difahami dan boleh didapati oleh lebih ramai audiens.


Ouch!: Menawarkan perlindungan untuk semua dengan Pusara Pro
Inilah objektif utama Ouch!: menawarkan perlindungan yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat. Dengan produk Takaful keluarga Pusara Pro, Ouch! menawarkan perlindungan yang tidak membebankan kewangan anda, 100% digital melalui aplikasi mudah alih, dan dengan tambahan 10% (Manfaat Ihsan) dari jumlah perlindungan sebagai bantuan kewangan segera.
Produk kami direka dengan mengambil kira kemampuan peserta. Dengan operasi digital dan tanpa kos tambahan seperti ejen dan dokumen fizikal, Ouch! menyalurkan penjimatan kepada para peserta dan menawarkan amaun sumbangan yang kompetitif dari serendah RM4.13 sebulan sambil masih mengekalkan perlindungan yang berharga.
Ouch! juga memberi fleksibiliti kepada para peserta untuk mengawal sijil Takaful mereka sendiri, tanpa desakan ejen atau borang permohonan yang mengelirukan. Semua proses, dari pendaftaran hingga tuntutan, dilakukan secara digital melalui aplikasi Ouch! Takaful.
Penglibatan ahli profesional undang-undang dan pematuhan serta penerapan kecerdasan buatan (artifical intelligence, AI) dalam takaful/insurans
Antara topik lain yang turut dibincangkan ialah penglibatan ahli profesional undang-undang dan pematuhan (legal & compliance) dalam pembangunan produk digital takaful dan insurans, dan juga penerapan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) dalam servis yang ditawarkan. Seiring kemajuan global dalam bidang teknologi, kebanyak rakyat Malaysia, terutama dari generasi muda, lebih celik teknologi dan berfikiran kritikal apabila ditawarkan produk digital. Maka, penting bagi pengendali takaful dan penanggung insurans untuk memastikan semua produk dan servis mereka mematuhi undang-undang, terutamanya dalam menguruskan data peribadi pengguna.
Selain itu, dengan perluasan penggunaan AI, syarikat takaful dan insurans tidak dapat tidak, harus menerapkan AI dalam servis dan operais, untuk terus kekal relevan. Walaupun masih baru, Ouch! sedang dalam usaha menambah baik servis dan produk kami dengan memanfaatkan AI.
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan takaful hayat, Ouch! akan berkolaborasi dengan MyKasih untuk memastikan takaful boleh diakses oleh masyarakat yang memerlukan. Kongsikan pendapat anda melalui survey Kesedaran Takaful dan Permintaan Pasaran di sini: Survey


Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.