Sebuah legasi kepimpinan dan perlindungan yang berteraskan perikemanusiaan dan kesiapsiagaan
Sempena Maulidur Rasul bulan ini (bulan ketiga dalam bulan Islam, Rabiulawal), kita mengenang ajaran dan kehidupan Nabi Muhammad SAW bukan hanya sebagai seorang pesuruh Allah, tetapi juga seorang pemimpin yang hebat menangani krisis. Kepimpinannya berteraskan perikemanusiaan, namun sentiasa strategik dan komited untuk melindungi golongan yang lemah.
Dalam kehidupan dunia kini yang dilanda kos sara hidup yang meningkat, krisis alam sekitar dan risiko ancaman kesihatan, tidak hairanlah ramai yang hidup dalam kekhuatiran. Di sinilah ajaran Nabi Muhammad SAW tentang kepimpinan yang berpaksikan perikemanusiaan dan kesiapsiagaan menjadi relevan dan teladan yang penting.
Lama sebelum konsep moden insurans dan Takaful tercipta, Baginda SAW telah menunjukkan bahawa perikemanusiaan dan kesiapsiagaan menjadi pedoman penting ketika menghadapi krisis.
Ayuh ikuti Ouch! untuk terokai pengajaran daripada Rasulullah SAW tentang cara menangani risiko dan perlindungan yang boleh kita terapkan dalam kehidupan kita hari ini.
1. Kesejahteraan bersama sebagai strategi menyelesaikan krisis
Salah satu pengajaran penting daripada kepimpinan Rasulullah SAW ialah kebijaksanaan Baginda mencari ruang untuk mencapai keselamatan dan perlindungan melalui kerjasama dan bukannya kekerasan; termasuklah dengan mereka yang berbeza agama. Di Madinah, Rasulullah SAW telah memeterai Piagam Madinah, iaitu antara asas terawal bagi pemerintahan yang bersifat majmuk. Dokumen itu jelas menyatakan, “Mereka (orang Yahudi) dengan agama mereka dan kaum Muslimin dengan agama mereka”. Melalui Piagam Madinah, penganut Islam, Yahudi dan juga kabilah lain berikrar untuk menjaga dan mempertahankan kesejahteraan Madinah.
Semangat kerjasama dan kebersamaan ini turut dicerminkan dalam inti pati Takaful. Masyarakat daripada pelbagai latar belakang memainkan peranan untuk membina ‘community pool’ bagi melindungi masyarakat bersama-sama tanpa mengenepikan sesiapa pun.
2. Perjanjian Hudaibiyah: Risiko yang membawa hasil
Pada tahun keenam Hijrah, Nabi Muhammad SAW telah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah bersama kaum Quraisy yang sebelum ini bermusuhan dengan umat Islam. Pada mulanya, syarat-syarat perjanjian tampak seperti berat sebelah. Namun, seperti yang diriwayatkan dalam Sahih la-Bukhari (Hadis 2731), Nabi Muhammad SAW memilih untuk mengutamakan kestabilan jangka panjang berbanding kemenangan segera.
Risiko jalan penyelesaian ini ternyata membuahkan hasil kerana telah membuka jalan untuk mencapai keamanan yang secara tidak langsung membolehkan ajaran Islam berkembang dengan pesat.
Strategi ini selari dengan perlindungan kewangan zaman moden (Takaful) yang juga memerlukan ‘pengorbanan’ untuk kesejahteraan jangka panjang. Pengorbanan untuk sumbangan bulanan mungkin dilihat sedikit mengganggu dan remeh, namun dengan disiplin dan keyakinan, pengorbanan ini memberi perlindungan dan ketenangan jangka panjang yang jauh lebih bernilai.
3. Melindungi golongan lemah
Sepanjang hidupnya, Nabi Muhammad SAW menekankan kepentingan melindungi golongan yang paling terdedah kepada kesusahan seperti anak yatim, balu, fakir miskin dan para pesakit. Ketika situasi di Mekah semakin buruk, Baginda telah menasihati para sahabat untuk berhijrah ke Habsyah dan mencari perlindungan di bawah kepimpinan Raja Kristian, Najashi, yang adil. Baginda bersabda,
Pergilah ke Habsyah, di sana ada seorang Raja yang tidak menzalimi sesiapa pun” (Hadis Riwayat Ahmad).
Pengajaran di sini adalah perlindungan bukan datang daripada harta, tetapi daripada keadilan dan belas kasihan seorang pemimpin. Ia memberi peringatan bahawa kesejahteraan sebenar hanya akan tercapai jika kita memainkan peranan untuk melindungi golongan rentan.
Dan, Takaful adalah antara cara untuk kita memainkan peranan dalam melindungi kesejahteraan bersama, sambil memastikan keluarga sendiri serta mereka yang lemah tetap dilindungi apabila diuji dengan kesusahan.
4. Kesiapsiagaan sebagai tanggungjawab moral
Rasulullah SAW bukan sahaja mengajar kita tentang keadilan dan perikemanusiaan, tetapi juga sentiasa memberi peringatan tentang kepentingan kesiapsiagaan. Baginda pernah menekankan kepentingan menulis wasiat agar hak ahli keluarga tidak diabaikan sekiranya sesuatu berlaku tanpa diduga. Dalam sebuah hadis Baginda bersabda,
Tidak patut bagi seorang Muslim yang memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan, untuk tidur selama dua malam berturut-turut kecuali wasiat itu telah tertulis di sisinya” (Sahih al-Bukhari, Hadith 2738).
Pesanan ini memberi peringatan bahawa persediaan adalah sebahagian daripada amanah. Begitu juga dengan Takaful, ia adalah langkah penting bagi memastikan keluarga kita tidak terdedah kepada kesusahan sekiranya musibah melanda secara tiba-tiba.
Perikemanusiaan bukan sekadar nilai, tetapi strategi berkesan
Rasulullah SAW adalah pemimpin agung yang memilih untuk memimpin berpaksikan perikemanusiaan dan belas kasihan. Dari Piagam Madinah ke Perjanjian Hudaibiyah, dari penghijrahan ke Habsyah sehinggalah ke pesanan tentang wasiat, Baginda memberi teladan terbaik untuk menghadapi situasi sukar dengan langkah-langkah praktikal yang berlandaskan perikemanusiaan.
Nabi Muhammad SAW sentiasa membalas dengan kebaikan, termasuklah terhadap mereka yang berbuat jahat kepada Baginda. Kebijaksanaan Rasulullah untuk menilai waktu perlu bertindak dan bersabar adalah sesuatu kita harus pelajari.
Berdasarkan teladan daripada Rasulullah, Takaful muncul sebagai kesinambungan teladan Baginda, berteraskan kesejahteraan bersama dan perikemanusiaan yang melindungi semua.
Di Ouch!, inilah prinsip yang kami mahu hidupkan dengan memastikan pelan perlindungan kami mudah diakses dan telus untuk membantu anda melindungi keluarga tersayang. Dengan ini, kami ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.