Di negara yang penuh kepelbagaian, perlindungan dan sifat tanggungjawab bersama adalah nilai yang menyatukan kita semua
Malaysia adalah sebuah negara yang diwarnai dengan pelbagai kepercayaan dan kebudayaan yang menjadi teras pembentukan negara. Di sebalik kepelbagaian ini, masyarakat Malaysia memegang kepada nilai-nilai asas yang sama – kepentingan keluarga, kesihatan yang baik serta kesejahteraan bersama dalam hidup bermasyarakat.
Nilai-nilai ini menjadi teras kepada keamanan dan ketenteraman yang dinikmati oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Sempena sambutan Hari Malaysia, ayuh kita selami konsep perlindungan dan kesejahteraan bersama yang diterapkan dan dihidupkan dalam kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia.
Perlindungan dan Kesejahteraan Bersama dalam Kemajmukan Agama
Kebebasan beragama adalah hak yang telah diterapkan dalam perlembagaan negara, sekali gus memberi ruang untuk kepelbagaian kepercayaan terus berkembang dan diraikan bersama.
Meskipun berlainan agama dan juga bahasa, kesemua kepercayaan menitikberatkan kepentingan konsep tanggungjawab, bersedia untuk masa depan, belas kasihan dan berwawasan.
- Agama Islam mengajar umatnya bahawa perlindungan juga adalah amanah. Penganut agama Islam diberi tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan keluarga yang juga merangkumi perancangan masa hadapan termasuklah peninggalan wasiat bagi memastikan orang tersayang sentiasa dilindungi walaupun mereka telah tiada. Tawakal kepada Allah SWT bukanlah sesuatu yang pasif, tetapi perlu diiringi dengan usaha.
- Agama Kristian menekankan konsep stewardhip, di mana penganut agama harus memainkan peranan sebagai penjaga terhadap segala yang dikurniakan oleh Tuhan termasuklah tubuh badan, hubungan sesama manusia dan juga alam sekitar. Penganut Kristian digalakkan untuk mengabdikan masa, kebolehan dan rezeki mereka sebagai kesinambungan dalam melakukan kebaikan atas nama Tuhan.
- Agama Hindhu menekankan konsep dharma, iaitu sifat bertanggungjawab, adil dan integriti yang harus dihidupkan untuk memelihara keharmonian sesebuah keluarga dan masyarakat. Perlindungan dan tanggungjawab bersama merupakan sebahagian daripada keseimbangan hidup dan kewajipan moral.
- Agama Buddha mengajar belas kasihan sebagai pegangan hidup untuk penganutnya. Ia menekankan kepentingan untuk menjaga kesejahteraan diri sendiri dan masyarakat agar dapat hidup berharmoni. Agama ini juga mementingkan persediaan untuk menghadapi ketidaktentuan hidup agar dapat menghindari dan mencegah sebarang musibah.
- Agama Sikh adalah kepercayaan yang berasaskan konsep seva (khidmat tanpa mengharapkan balasan) serta sarbat da blaha (kesejahteraan bersama). Membina dan melindungi masyarakat bersama adalah sebati dengan amalan penganut agama ini. Hal ini jelas tercermin dalam ikatan komuniti yang erat dan kukuh yang dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Sikh.
Kesemua agama yang berbeza ini berpegang kepada prinsip melindungi dan menjaga kesejahteraan masyarakat bersama. Perlindungan tidak berpaksi kepada kepentingan diri sendiri.

Takaful Melengkapi Jurang Perlindungan Masyarakat
Walaupun perlindungan dan kesejahteraan bersama adalah sebati dengan ajaran agama-agama terbesar di Malaysia, masih terdapat jurang antara kepercayaan dan pengamalannya dalam kehidupan seharian. Masih ramai rakyat Malaysia yang mengelak daripada berbicara tentang perkara berat seperti pengurusan risiko, kematian dan penyakit.
Perancangan kewangan pula dilihat sebagai satu kemewahan, malah ada juga yang menganggapnya sebagai satu subjek larangan (taboo). Maka, tidak hairanlah lebih daripada 50% isi rumah di Malaysia tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan. Bukan kerana mereka tidak peduli, tetapi kerana perancangan kewangan sering dilihat sebagai sesuatu yang membebankan dan sesuatu yang sukar untuk dikecapi.
Di sini, Takaful memainkan peranan bukan sahaja sebagai produk syariah tetapi sebagai perlindungan yang berteraskan nilai-nilai yang merentasi agama dan kepercayaan. Perkhidmatan Takaful adalah berasaskan konsep kesejahteraan bersama melalui pelan perlindungan yang telus dan adil tanpa sebarang riba atau yuran tersembunyi.
Takaful mengamalkan konsep tabarru’ di mana peserta mendermakan sebahagian wang sumbangan bagi tujuan membantu rakan peserta sekiranya dilanda musibah. Perlindungan Takaful adalah terbuka kepada semua tanpa mengira agama.
Hidupkan Nilai-nilai Kesejahteraan Bersama dengan Tindakan Hari Ini
Bayangkan sebuah negara Malaysia di mana perlindungan bukanlah satu kemewahan tetapi hak asas untuk semua. Perbualan sukar tentang risiko, kematian dan penyakit adalah sesuatu yang diterima dan dibincangkan secara terbuka dengan penuh keberanian dan perancangan jelas. Walaupun berbeza agama, tetapi kita semua percaya akan tanggungjawab untuk melindungi orang tersayang dan masyarakat sekeliling.
Ouch! percaya bahawa pelan perlindungan seharusnya bersifat inklusif, beretika dan mudah diakses. Kerana itulah pelan Pusara Pro kami boleh diperoleh dengan pendaftaran mudah melalui aplikasi di telefon pintar anda dengan harga dari serendah RM4.13 sebulan sahaja. Tiada istilah yang rumit atau caj tersembunyi.
Sama ada anda baru menyelami dunia Takaful atau sekadar meneroka pilihan, kami sedia membantu melindungi anda dan orang tersayang. Selari dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, kami juga percaya dan mahu memainkan peranan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Selamat menyambut Hari Malaysia!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.