Manfaat Ihsan: Dapatkan Perlindungan dengan Pusara Pro

Bila kita menghadapi masalah, sudah tentu kita memerlukan bantuan. Anda tahu tak sekarang dah ada satu perlindungan takaful yang menawarkan perlindungan di hari yang sukar buat anda?

Pusara Pro daripada Ouch! adalah sebuah perlindungan takaful berkonsepkan Khairat Kematian yang dapat membantu kos pengebumian pemilik sijil.


Manfaat Ihsan ini sama konsepnya dengan Khairat Kematian yang dapat menjadi sumber bantuan berharga apabila anda ditimpa musibah. Dalam artikel ini, anda akan dapat mengetahui tentang faedah manfaat ihsan dan bagaimana Pusara Pro dari Ouch! Takaful boleh memberi ketenangan sambil berjimat.

Apa tu Tuntutan Manfaat Ihsan?

Manfaat ihsan yang juga dikenali sebagai elaun manfaat ihsan atau faedah manfaat ihsan, menyediakan bantuan kewangan kepada benefisiari pemegang sijil takaful yang baru sahaja kematian. Konsep ini mampu mempercepatkan proses tuntutan dan memberikan bantuan dengan kadar segera kepada penerima manfaat.


Manfaat ihsan ini akan mengambil kira situasi yang dikira sebagai unik serta kekangan kewangan dan gangguan emosi yang mungkin dialami oleh benefisiari pemegang sijil di waktu sukar ini. Pihak insurans yang menawarkan manfaat ihsan ini selalunya akan membantu untuk memberi lebih ketenangan kepada pemegang sijil berbanding perlindungan polisi biasa.
Pusara Pro ialah takaful yang menawarkan manfaat ihsan sebagai salah satu faedah dan ia dapat digunakan semasa kematian. Misalnya, jika pemegang takaful Pusara Pro meninggal dunia, ia dapat digunakan oleh benefisiari untuk menampung kos pengebumian, sama seperti konsep takaful Khairat Kematian.

Bagaimana Manfaat Ihsan Dapat Membantu Anda?

Selain daripada situasi yang terdapat di atas, ada banyak lagi sebab untuk anda kena dapatkan manfaat ihsan ini:

  1. Bantuan Kewangan Di Waktu yang Sukar: Banyak perkara di dalam kehidupan ni yang kita tak dapat rancang seperti pemergian insan tersayang yang sudah pasti memberikan beban emosi dan kewangan. Sijil dengan klausa manfaat ihsan ini dapat memastikan bahawa anda akan mendapat bantuan kewangan tambahan ketika anda memerlukannya. Bantuan ini dapat membantu menguruskan kos pengebumian.
  2. Proses Tuntutan Dipercepatkan: Selalunya, takaful dengan klausa manfaat ihsan ini mudah dan pantas untuk diproses. Apabila penerima manfaat anda (benefisiari) membuat tuntutan, syarikat akan mengenal pasti situasi mereka dan akan cuba mempercepatkan proses penilaian dan pembayaran. Mereka akan memastikan anda menerima dana dengan kadar segera kerana ia memainkan peranan penting untuk memastikan insan tersayang mendapat bantuan kewangan yang diperlukan.
  3. Demi Ketenangan Jiwa: Sijil dengan klausa manfaat ihsan ini menyediakan faedah tambahan untuk membantu penerima manfaat. Faedah ini dapat mengurangkan kerisauan anda kerana kini anda akan tahu bahawa insan tersayang anda akan mendapat bantuan apabila ditimpa musibah.

Apa Perbezaan Manfaat Ihsan dan Pusara Pro?

Manfaat ihsan sering dikaitkan dengan polisi insurans kesihatan atau insurans kecacatan. Ia menawarkan bantuan kewangan atau perlindungan tambahan apabila peserta sijil ditimpa musibah dan akan dibayar kepada individu yang diinsuranskan atau ahli keluarganya, bergantung kepada terma dan syarat sijil.

Pusara Pro merupakan sijil takaful hayat dengan manfaat kematian dan manfaat ihsan berkonsepkan Khairat Kematian yang dapat digunakan untuk menampung kos pengebumian. Faedah ini akan dibayar terus kepada penerima manfaat (benefisiari) yang disenarai pemilik sijil sebelum meninggal dunia.

Apa istimewanya Pusara Pro daripada “Ouch!”?

Kami di Ouch! ingin memastikan sijil anda lebih mudah untuk difahami dan dituntut apabila anda memerlukannya.


Klausa Manfaat Ihsan di bawah sijil Pusara Pro ini membolehkan penerima manfaat untuk menuntut EKSTRA 10% daripada Jumlah Perlindungan Keseluruhan anda – dalam tempoh 24 jam je! Takaful ini juga ringkas dan mudah difahami. Anda pasti dah penat nak faham jargon-jargon insurans yang bikin pening, tambah-tambah lagi bila tengah tertekan dengan masalah. Sijil ini juga sangat praktikal, dengan hanya perlu melengkapkan penyerahan dokumen dan akses secara mudah melalui aplikasi Ouch!.


Nak tahu apa yang best tentang takaful Pusara Pro ini? Sijil ini secara purata 20% lebih jimat berbanding perlindungan lain tau.


Tiada siapa yang nak atau meminta dilanda musibah. Tetapi itulah tujuan takaful – untuk menenangkan dan melindungi anda serta insan tersayang apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Takaful dengan klausa manfaat ihsan ini akan menawarkan bantuan tambahan bagi memastikan keluarga yang anda sayang mempunyai sumber kewangan dan bantuan untuk memudahkan hari sukar nanti.

Jom mulakan langkah pertama dengan Ouch! secara percuma dan klik saja di sini. Muat turun aplikasi Ouch! di Google Play Store atau Apple App Store sekarang.


Tujuan blog kami adalah untuk memberikan anda pemahaman tentang insurans agar anda dapat membuat keputusan yang tepat untuk anda dan insan tersayang. Baca artikel lain di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai polisi lain.

Penafian: 

Setiap maklumat yang disampaikan di dalam artikel dan/atau daripada duta jenama hanyalah untuk menyampaikan maklumat umum. Ia tidak terikat dengan undang-undang dalam sebarang kaedah. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan ketepatan dan maklumat terkini, kami tidak menjamin kelengkapannya, kebolehpercayaannya, atau kesesuaian maklumat yang dikongsi.

Bagi perkara yang memerlukan kesahihan undang-undang atau pengesahan formal, kami dengan tegas mengesyorkan untuk merujuk kepada sijil rasmi, dokumen-dokumen yang dibenarkan, atau sumber-sumber yang berkaitan. Bagi memastikan kejelasan dan panduan yang berwibawa, sila hubungi wakil Ouch! yang sah melalui platform komunikasi yang telah ditetapkan oleh kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *