Kehamilan merupakan satu fasa yang mengujakan buat ibu bapa baharu, tetapi ia juga boleh menjadi sumber tekanan emosi, terutamanya dengan beban kewangan yang bakal bertambah dengan kehadiran ahli keluarga baharu.
Di Malaysia, pasangan yang menantikan cahaya mata mungkin tertarik dengan sijil takaful. Memiliki sijil takaful ini selari dengan ajaran agama dan moral dalam pada masa yang sama menyediakan perlindungan kewangan untuk insan tersayang apabila dilanda musibah.
Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan kelebihan pasangan ibu bapa yang menyumbang kepada takaful dan bagaimana sijil Pusara Pro daripada Ouch! mampu membantu anak anda di waktu sukar.
Melindungi Masa Depan Keluarga Anda
Menantikan kedatangan bayi mungkin akan menimbulkan kebimbangan tentang kewangan anda. Sijil takaful mampu menyediakan perlindungan yang membantu menjamin masa depan keluarga anda apabila kejadian yang tak disangka berlaku, seperti komplikasi kesihatan semasa kehamilan atau bersalin.
Tanggungan Kos Perubatan
Sesetengah sijil takaful boleh menampung kos penjagaan pranatal, persalinan dan penjagaan selepas bersalin. Dengan ini, beban kewangan akibat bil perubatan yang tidak dijangka dapat dikurangkan.
Ini membantu mengurangkan beban kewangan bil perubatan yang tidak dijangka semasa masa di mana tumpuan anda sepatutnya kepada bayi baru anda.
Perlindungan Pendapatan
Jika hanya seorang sahaja yang mencari rezeki untuk keluarga anda atau salah seorang daripada anda merancang untuk menjaga bayi di rumah, sijil takaful mampu menyediakan perlindungan pendapatan. Apabila salah seorang daripada anda tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan, kecacatan atau kematian, takaful mampu membantu menggantikan pendapatan tersebut yang hilang dan memastikan keadaan kewangan keluarga anda kembali stabil.
Dana Pendidikan Anak
Sesetengah sijil takaful mempunyai pilihan pelaburan yang mampu membantu anda menyimpan untuk kos pendidikan anak. Simpanan sebegini boleh membantu membuka peluang pendidikan yang lebih berkualiti kepada anak anda tanpa mengganggu kewangan anda.
Perlindungan Pembayaran Hutang
Jika anda ada hutang yang masih belum dilangsaikan seperti pinjaman rumah atau pinjaman kereta, sijil takaful boleh memastikan bahawa perkara ini dapat diuruskan jika sesuatu terjadi kepada anda. Ini dapat memastikan bahawa pasangan atau anak-anak anda tidak akan terbebani dengan hutang semasa menghadapi waktu kesusahan.
Keperluan Penjaga Anak
Jika kedua-dua ibu bapa meninggal dunia, kebanyakan sijil takaful membenarkan seorang penjaga sebagai penamanya untuk anak anda dan menyediakan sokongan kewangan kepada penjaga tersebut. Ini penting untuk memastikan bahawa anak anda akan mendapat penjagaan yang baik.
Demi Ketenangan
Kehamilan adalah saat yang penuh dengan kegembiraan, tetapi ia juga boleh memberikan anda tekanan emosi. Sekurang-kurangnya dengan memiliki sijil takaful, kewangan keluarga anda boleh diurus dengan lebih baik dan menenangkan fikiran anda pada masa yang sama.
Mematuhi Syariah
Bagi keluarga yang berpegang kepada beberapa prinsip Islam ini, anda tidak perlu bimbang kerana takaful menyediakan penyelesaian insurans yang mematuhi undang-undang dan etika syariah.
Pusara Pro: Menanggung Kos Pengembumian Keluarga Anda
Pusara Pro daripada Ouch! adalah sijil takaful yang menawarkan tuntuan manfaat kematian dan tuntutan manfaat ihsan berdasarkan konsep Khairat Kematian.
Jika salah seorang daripada pasangan memiliki sijil takaful, jika berlakunya kematian, anak mereka tidak perlu bimbang tentang kos pengebumian yang akan dibayar terus kepada ahli keluarga.
Dengan sijil Pusara Pro, penerima boleh menuntut 10% LEBIH daripada Jumlah Perlindungan hanya dalam masa 24 jam saja. Prosesnya amat mudah untuk dilaksanakan, difahami, dan diakses melalui penyerahan dokumen melalui aplikasi Ouch! sahaja. Dengan harga sehingga 20% lebih berpatutan berbanding perlindungan daripada penyedia lain, ia juga akan dapat mengurangkan beban kewangan anda.
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian:
Setiap maklumat yang disampaikan di dalam artikel dan/atau daripada duta jenama hanyalah untuk menyampaikan maklumat umum. Ia tidak terikat dengan undang-undang dalam sebarang kaedah. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan ketepatan dan maklumat terkini, kami tidak menjamin kelengkapannya, kebolehpercayaannya, atau kesesuaian maklumat yang dikongsi.
Bagi perkara yang memerlukan kesahihan undang-undang atau pengesahan formal, kami dengan tegas mengesyorkan untuk merujuk kepada sijil rasmi, dokumen-dokumen yang dibenarkan, atau sumber-sumber yang berkaitan. Bagi memastikan kejelasan dan panduan yang berwibawa, sila hubungi wakil Ouch! yang sah melalui platform komunikasi yang telah ditetapkan oleh kami.