Bila nak tahu atau pilih perlindungan takaful, anda hanya perlu cari di internet dan macam-macam pilihan akan anda jumpa. Itulah lumrah internet—apa saja yang anda cari, pasti anda boleh jumpa. Tetapi, adakah ia pilihan yang sesuai untuk anda?
Tak perlu buang masa mencari di internet, biar kami bantu dan bagitahu kenapa Ouch! adalah pilihan terbaik untuk anda!
Disahkan oleh Sandbox Pengawalseliaan Bank Negara Malaysia
Jaminan terhebat kami kepada anda adalah kami merupakan penyedia takaful digital yang disahkan oleh Sandbox Pengawalseliaan dari Bank Negara Malaysia.
Sandbox ini ditubuhkan untuk membolehkan penggunaan fintech (teknologi kewangan) diuji dalam persekitaran yang terkawal. Ini membolehkan penyedia perkhidmatan menumpukan kepada inovasi dan pengujian teknologi baru sementara pengguna akan dilindungi sepenuhnya oleh peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Apakah yang menanti pemegang takaful daripada Ouch!?
Pertama sekali, bagi memastikan anda lebih yakin dengan Ouch!, kami telah diiktiraf secara rasmi di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kedua, sebagai penyedia yang diterima di bawah Sandbox Pengawalseliaan, kami mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan ketat dan sentiasa memperbaiki penyelesaian kami agar lebih mudah diakses oleh semua.
Jadi, barulah anda puas hati dan kami pun senang hati! Sebagai peserta, anda akan berasa selamat dan masa depan anda juga akan terjamin kerana anda tahu kami akan sentiasa mengeluarkan fungsi, pelan, dan naik taraf baharu.
Mematuhi Takaful
Takaful mempunyai tiga konsep utama iaitu kerjasama, tanggungjawab bersama, dan perkongsian risiko. Ia perlu mematuhi Undang-Undang Syariah Islam, jadi, anda boleh menganggapnya sebagai alternatif yang lebih beretika berbanding insurans konvensional. Dengan mematuhi Syariah Islam, ianya pasti akan menjauhi elemen riba, ketidakpastian dan perjudian.
Takaful ini merupakan insurans patuh syariah islam, di mana pelaburan dibuat secara beretika di pasaran yang mematuhi undang-undang Syariah serta mengamalkan konsep perlindungan secara kolektif. Maknanya, komuniti ini akan bekerjasama untuk membantu satu sama lain. Sumbangan akan dikumpulkan dan semua pemegang takaful akan dilindungi daripada kerugian dan kerosakan secara kolektif.
Begitulah cara takaful dari Ouch! berfungsi. Tapi, bukan itu sahaja yang kami ada.
Tahap keselamatan kami adalah sangat tinggi. Demi memastikan semua dana anda selamat, kami telah bekerjasama dengan Universal Trustee, sebuah syarikat penyimpan amanah bebas dan dipercayai, untuk menjaga wang anda. Kami sendiri akan memastikan semua dana ini akan dilindungi dengan baik.
Sebagai perantara perjanjian ini, Ouch! telah menetapkan dan akan menerima bayaran pengurusan tetap sebanyak 20%. Sama ada dana itu mempunyai potensi yang baik atau tidak, peratusan ini tidak akan berubah. Kami ingin memastikan ketelusan mengenai caj ini demi mendapatkan kepercayaan anda dan agar anda memahami nilai perlindungan yang akan diterima. Akhir sekali, setiap lebihan akan kami kembalikan sepenuhnya kepada pemegang takaful. Steady kan?
Berkualiti, Kos Rendah
Perlindungan perlu boleh diakses oleh semua, tetapi nilai perlindungan tidak sepatutnya dikurangkan sebagai gantian—itu adalah apa yang kami percaya.
Pusara Pro daripada Ouch! bukan sahaja mempunyai harga yang berpatutan. Ia boleh dianggap sebagai takaful bajet dengan kadar harga yang serendah RM4.13/sebulan dan kami menawarkan jumlah perlindungan sehingga RM500,000. Kami juga akan membayar tambahan 10% di atas jumlah perlindungan dan semuanya akan diproses secara pantas. Percayalah, anda akan menerima perlindungan anda dalam masa 24 jam selepas penyerahan sijil kematian atau laporan polis.
Dari mula sampai tamat proses, ia pastinya mudah saja untuk anda. Dengan setiap fungsi yang ada di dalam aplikasi Ouch!, anda boleh menyemak dan menguruskan pelan anda secara digital dari peti polisi secara mudah. Kami menawarkan perlindungan serta perkhidmatan yang berkualiti pada bila-bila masa yang anda perlukan.
Nak melabur dalam insurans atau takaful ni penting tau dan setiap keputusan perlu dibuat secara teliti. Semak dahulu semua pilihan yang ada dan pilih mana yang bersesuaian dengan anda!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian:
Setiap maklumat yang disampaikan di dalam artikel dan/atau daripada duta jenama hanyalah untuk menyampaikan maklumat umum. Ia tidak terikat dengan undang-undang dalam sebarang kaedah. Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan ketepatan dan maklumat terkini, kami tidak menjamin kelengkapannya, kebolehpercayaannya, atau kesesuaian maklumat yang dikongsi.
Bagi perkara yang memerlukan kesahihan undang-undang atau pengesahan formal, kami dengan tegas mengesyorkan untuk merujuk kepada sijil rasmi, dokumen-dokumen yang dibenarkan, atau sumber-sumber yang berkaitan. Bagi memastikan kejelasan dan panduan yang berwibawa, sila hubungi wakil Ouch! yang sah melalui platform komunikasi yang telah ditetapkan oleh kami.