Pentingnya Kesihatan Sepanjang Bulan Ramadan

Tips penjagaan kesihatan rohani dan jasmani agar kekal bertenaga dan sihat sepanjang bulan Ramadan bagi memanfaatkan bulan yang mulia ini sepenuhnya

Sekali lagi kita menyambut kedatangan bulan Ramadan. Pada bulan yang mulia ini, umat Islam di seluruh dunia berpuasa bagi menunaikan rukun Islam yang ketiga. Sepanjang bulan Ramadan, dari terbitnya fajar sehinggalah matahari terbenam, umat Islam menahan diri daripada makan, minum, perkara maksiat serta menjaga anggota badan dan adab daripada melakukan sesuatu perilaku yang tidak baik. Ramadan membawa suasana aman yang penuh dengan semangat kerohanian dan pelbagai keistimewaannya. Hening pagi membawa keinsafan, dingin malam dipenuhi dengan amal ibadah. Inilah masanya untuk menilai semula perkara-perkara duniawi yang sering melalaikan kita. Bulan yang mulia ini membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk membina semula kecerdasan mental, fizikal, rohani dan mengumpul pahala serta ganjaran berganda.

Rugi jika kita tidak memanfaatkan keistimewaan Ramadan sepenuhnya. Namun pengabdian diri kepada amal ibadah selengkapnya sepanjang bulan memerlukan disiplin yang tinggi serta tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Berikut adalah beberapa petua penjagaan diri oleh Ouch! untuk membantu para pembaca membuat persediaan dari segi rohani dan jasmani agar dapat memanfaatkan Ramadan ini sepenuhnya.

1. Tidur dengan cukup

Tiada penawar yang lebih hebat daripada rehat yang secukupnya melalui tidur. Tidur bukanlah penanda kelemahan seseorang. Malah tidur adalah konsep yang penting dalam Islam bagi menjaga kesejahteraan diri. “Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga dia mengetahui apa yang dibaca” (Sahih Bukhari: 213). Surah An-Naba (78:9) juga telah menyatakan kepentingan tidur untuk rehat. Ramai yang kekurangan tidur di kala kita menyesuaikan diri dengan rutin sahur di bulan Ramadan. Mengurangkan aktiviti serta penggunaan skrin selepas selesai solat tarawih boleh membantu diri anda untuk tidur dan rehat lebih awal. Namun jika mata masih terasa berat di siang hari, cuba dapatkan tidur pendek atau ‘power nap’ (tidak lebih daripada 30 minit!) untuk mencergaskan diri semula. 

A person yawning at a table

Description automatically generated

2. Jangan lupa untuk sahur

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan” (Riwayat Bukhari: 1923 dan Muslim: 1095). Rebutlah peluang keberkatan ini dan jagalah kesihatan diri dengan baik. Jangan tinggalkan sahur anda! Walaupun kadang kala badan terasa terlalu berat untuk bangun, hidangan sahur adalah penting bagi menyediakan badan dan minda kita dengan khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Pemakanan yang seimbang juga akan membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang stabil. Ambillah makanan seperti produk bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan lemak yang sihat dan tidak tepu. Buah kurma sesuai untuk sahur kerana ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan jangan lupa untuk minum air yang secukupnya sepanjang malam. Penting untuk memastikan badan kita kekal hidrat terutamanya dengan iklim khatulistiwa Malaysia yang semestinya mencabar di bulan puasa. Pilihan makanan yang tepat akan membantu anda untuk kekal bertenaga, cerdas dan berada dalam emosi yang terbaik sepanjang bulan puasa. 

Berikut adalah beberapa resipi ringkas yang anda boleh cuba untuk bersahur:

  • Sandwic mentega kacang  dan hirisan pisang dengan roti bakar bijirin penuh
  • Overnight oats yang dibuat dengan susu, ditambah dengan kacang dan kurma (atau buah-buahan pilihan anda)
  • Telur scrambled, salad roket dengan roti bakar bijirin penuh (tambah ikan bilis untuk memenuhi cita rasa anda)
Hands holding an open book

Description automatically generated

3. Membaca Al-Quran dan berzikir

Kemuliaan bulan Ramadan memberi inspirasi untuk kita menilai semula hubungan kita dengan Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT. Inilah masanya untuk kita bertafakur dan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang lebih penting daripada hal-hal duniawi. Memulakan dan mengakhiri hari anda dengan Al-Quran adalah antara cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ayat-ayat suci Al-Quran sedikit sebanyak boleh memberi semangat dan hala tuju untuk menjalani hari anda dan pada penghujung hari, ianya membawa satu ketenangan yang diperlukan untuk berehat. Amalkan juga berzikir di masa lapang. Ia bukan sahaja sumber ganjaran yang berterusan, malah juga membantu kita mengawal diri dan pertuturan, mengelakkan daripada bercakap buruk tentang sesuatu. Sucikan jiwa dan terangi hati dengan kalam Allah SWT pada Ramadan ini.

4. Kekal aktif

Ketika berpuasa, semestinya keadaan fizikal dan mental kita akan dicabar. Tetapi jangan sesekali kita menyerah kalah kepada godaan untuk kekal pasif.  Berikan diri anda pelbagai alasan untuk terus bergerak sepanjang hari. Contohnya, berjalan ketika menjawab panggilan atau untuk perbincangan dengan rakan sekerja, tukar kedudukan bekerja anda, bangun dari kerusi dan renggangkan badan sekurang-kurangnya sejam sekali. Pergerakan-pergerakan mudah ini sedikit-sebanyak boleh membantu untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. 

Bagi yang memang kebiasaannya mengamalkan gaya hidup aktif, wajarlah menyesuaikan rutin bersenam dengan aktiviti Ramadan anda agar keadaan fizikal tidak terjejas.

5. Produktif secara strategik

Berpuasa bukanlah alasan untuk bermalas-malasan. Waktu di antara Subuh dan terbit matahari dianggap sebagai waktu penuh berkat dan sesuai untuk produktiviti. Manfaatkan waktu emas ini untuk menyelesaikan tugas-tugas penting ketika fikiran anda berada pada tahap yang paling cerdas. Tentunya ada juga yang memilih suasana tenang dan sunyi di waktu malam sebagai waktu yang lebih sesuai untuk melakukan tugas-tugas penting.

A group of people at a table with food

Description automatically generated

6. Bersederhana ketika berbuka puasa 

Rakyat Malaysia diberkati dengan kepelbagaian makanan yang enak dan lazat, terutamanya ketika bulan puasa. Bazar Ramadan seluruh negara menukar lorong-lorong jalan kepada syurga makanan. Walaupun pemakanan yang dipelbagaikan amat digalakkan, janganlah terpengaruh dengan nafsu tamak tekak sendiri. Pada tahun 2022 sahaja, rakyat Malaysia telah merekodkan pembaziran sebanyak 250,000 tan makanan sepanjang bulan Ramadan. Hanya beli makanan mengikut keperluan anda berbuka puasa sahaja. Banyakkan lauk sayur-sayuran ketika berbuka dan elakkan makanan yang bergula tinggi atau pedas. Jaga pemakanan anda agar tidak makan berlebihan. 

Tip: Jika anda seorang penggemar pencuci mulut, buah tembikai adalah antara yang terbaik untuk menyegarkan kita (dan enak dihidangkan sejuk). Aiskrim pula sentiasa pilihan yang baik dan menggembirakan diri.

7. Ringankan tangan untuk sedekah dan zakat

Dalam Islam, amalan bersedekah itu sendiri merupakan satu bentuk penyucian dan keberkatan. Ini kerana konsep ini berakar dari perkataan ‘zakat’ yang membawa maksud bersih, pertumbuhan dan berkat dalam Bahasa Arab. Bersedekah atau zakat juga merupakan rukun Islam yang keempat. Suasana Ramadan yang penuh berkat memupuk kita untuk ingat untuk bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan dan bersikap lebih prihatin dan berbelas kasihan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Bulan Ramadan merupakan bulan yang afdal untuk kita meringankan tangan untuk bersedekah dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Segala amalan kita akan dilipatgandakan pahala di bulan yang mulia ini seperti yang telah tertulis dalam Al-Quran – “bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya…” (Al-Baqarah:261). Tambahan pula, terdapat bukti saintifik yang mengesahkan bahawa amal kebaikan kita dapat memberi kesan yang positif terhadap kesejahteraan emosi dan juga membantu mengurangkan tekanan hidup. Amal jariah yang baik hanya mendatang kebaikan yang berlipat ganda. Hulurkan tangan dan kebaikan kepada mereka yang memerlukan, tidak kira dalam bentuk wang atau tidak. Senyuman juga adalah sedekah!

Bulan Ramadan menyediakan peluang untuk para muslimin dan muslimat mengukuhkan rohani. Peluang untuk membersihkan badan dan jiwa kita daripada perkara-perkara negatif duniawi. Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak membantu para pembaca menjalani ibadah berpuasa dan menjadi pedoman untuk persiapan alam akhirat. Namun untuk kesiapsiagaan duniawi, Ouch! menawarkan perlindungan hayat takaful yang mudah diakses pada harga berpatutan – bermula dari harga serendah RM4.13/bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk takaful Ouch!, layari https://ouch.my/pusara-pro. Lindungi diri anda sekarang bagi memastikan kebajikan orang tersayang anda terjamin. 

Selamat menunaikan ibadah puasa! 

 Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *