Terokai kisah di sebalik pembentukan negara kita dan kepelbagaian yang unik kepada Malaysia
Pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah mencipta sejarah dengan bersatu untuk membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini. Penyatuan ini diraikan melalui Hari Malaysia. Hari yang melambangkan perjalanan negara dalam membentuk identiti negara yang hidup berharmoni dalam kepelbagaian. Sempena memperingati 61 tahun perjalanan ini, ayuh kita renungi nilai dan aspirasi yang telah membimbing kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Malaysia: Sebuah Wawasan untuk Perpaduan
Pembentukan negara Malaysia lebih daripada sekadar penyatuan wilayah-wilayah. Ia merupakan satu langkah yang berwawasan, dengan penuh harapan untuk memupuk keharmonian antara budaya, bahasa dan tradisi untuk sebuah negara bernama Malaysia. Di kala pembentukan Malaysia, negara kita telah memilih pendekatan integrasi untuk perpaduan negara, berbeza daripada beberapa negara jiran yang memilih pendekatan asimilasi. Keputusan ini sekali gus memupuk kepelbagaian kita untuk terus mekar, dan Malaysia menjadi satu komuniti yang harmoni dan berwarna-warni. “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan kulit kamu” (Surah Ar-Rum 30:22).
Photo by CEphoto, Uwe Aranas
Source: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Kota_Kinabalu_Malaysia_National-flag-01.jpg
Tahukah anda?
- Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dirancang pada tarikh 31 Ogos, selaras dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu namun terpaksa ditangguhkan kerana menunggu laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu disiapkan.
- Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia di awal pembentukan negara namun telah memilih untuk keluar daripada Malaysia pada tahun 1965.
- Hari Malaysia diisytiharkan sebagai cuti umum bermula tahun 2010. Keputusan itu telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, Najib Razak, pada persidangan Dewan Rakyat pada 19 Oktober 2009.
“Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Kita harus sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan kita sebagai masyarakat dan juga negara”
Tunku Abdul Rahman
Hari Malaysia adalah peringatan untuk kita tentang visi pengasas negara kita untuk sebuah negara yang merdeka dan bersatu. Negara aman di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat untuk memainkan peranan dalam pembangunan negara tanpa mengira latar belakang. Kebelakangan ini kita telah menyaksikan pelantikan ahli parlimen Orang Asli yang pertama di Malaysia, Ramli Mohd Nor, sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Kita juga telah menyaksikan pelantikan Presiden Dewan Negara yang pertama dari kalangan orang Dayak, iaitu mendiang Mutang Tagal. Semangat perpaduan dalam kepelbagaian inilah yang mendorong kemajuan negara kita. Kemajmukan masyarakat menjadi kekuatan kita.
Photo by CEphoto, Uwe Aranas
Source: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sabah_Malaysia_Welcoming-Contingent_Hari-Merdeka-2013-16.jpg
Melindungi Masyarakat Malaysia
61 tahun pembentukan Malaysia telah membawa pembangunan yang besar kepada negara kita. Di kala kita menghadapi cabaran-cabaran baru seperti keadaan ekonomi sedunia, perubahan iklim dan juga pandemik, adalah penting untuk kita terus bersatu teguh sebagai sebuah negara. Ouch! juga ingin memainkan peranan untuk melindungi kesejahteraan yang kita nikmati bersama di Malaysia. Perkhidmatan perlindungan takaful hanyalah sebahagian daripada misi kami untuk melindungi rakyat Malaysia. Ouch! tekad untuk memberi perlindungan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan juga nilai-nilai teras yang mengikat kita bersama sebagai rakyat Malaysia.
Perkhidmatan perlindungan takaful Ouch! adalah berteraskan prinsip saling membantu demi kesejahteraan bersama. Melalui konsep syariah tabarru’, para peserta Pusara Pro mendermakan sebahagian daripada wang sumbangan mereka untuk tujuan kegunaan bagi membantu rakan peserta takaful yang dilanda musibah. Manakala kempen Kita Cover kami mempunyai matlamat untuk menggalakkan lebih ramai ahli masyarakat kita untuk mendapatkan perlindungan takaful Pusara Pro. Pusara Pro boleh dilanggan dengan mudah melalui aplikasi kami dengan harga bermula serendah RM4.13 sebulan. Ouch! kekal komited untuk menyediakan perlindungan takaful yang mampu milik dan mudah diakses demi menawarkan perlindungan dan ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
Tiap hari laman media sosial dipenuhi dengan berita tentang konflik di serata dunia. Ia mengingatkan kita bahawa keamanan dan kemerdekaan yang dinikmati di Malaysia adalah sesuatu yang amat berharga dan harus dilindungi. Sama-sama kita terus memainkan peranan untuk melindungi dan menyokong antara satu sama lain, berganding bahu demi membina masa depan yang lebih makmur untuk Malaysia. Kepelbagaian kita mewarnai keunikan dan kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara. Jiwa Merdeka harus dilindungi. Selamat Hari Malaysia dari kami semua di Ouch!
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.