Meneliti upacara pengebumian pelbagai budaya di Malaysia dan peranan takaful dalam meringankan beban pengebumian
Hidup dan mati adalah pasti. Setiap kematian pasti juga diiringi dengan upacara pengebumian yang diamalkan berdasarkan tradisi dan kepercayaan masing-masing. Untuk negara yang berbilang budaya seperti Malaysia, pastinya upacara yang sayu ini juga mencerminkan budaya. Ketika seseorang individu menghadapi cabaran yang berat ini, perlindungan takaful boleh memainkan peranan untuk memberi sedikit ketenangan fikiran kepada mereka yang sedang berkabung.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami Kembali”
Al-Baqarah (2:156)
Anggaran Kos Pengebumian di Malaysia
Kos upacara pengebumian akan berbeza mengikut keperluan agama dan adat yang berlainan. Secara purata, kos ini boleh berkisar antara RM1,000 sehingga RM20,000, bergantung kepada jenis upacara dan komuniti yang terlibat. Melihat anggaran ini, adalah lebih afdal untuk membuat persediaan awal bagi perbelanjaan pengebumian.
1. Pengebumian Islam
Upacara pengebumian bagi umat Islam secara umumnya adalah lebih ringkas dan murah berbanding dengan amalan agama dan budaya lain. Pengebumian hendaklah dilaksanakan mengikut syariat Islam seperti dipercepatkan, dilakukan secara ringkas, bersederhana dan lain-lain.
2. Pengebumian Kristian
Secara am, upacara pengebumian untuk masyarakat Kristian berlangsung selama dua malam untuk memberi masa kepada keluarga dan taulan si mati untuk memberikan penghormatan terakhir di gereja sebelum pengebumian. Dalam agama Kristian, pengebumian adalah lebih lazim daripada pembakaran mayat. Namun, terdapat juga sesetengah keluarga yang memilih untuk pembakaran mayat kerana kosnya adalah jauh lebih murah berbanding pengebumian.
Kos pembelian keranda dan plot pengebumian merangkumi sebahagian besar daripada kos upacara pengebumian masyarakat Kristian di Malaysia. Selain daripada itu, upacara pengebumian juga melibatkan kos perkhidmatan gereja seperti bayaran sewa penggunaan gereja dan perkhidmatan paderi, proses pengawetan jenazah, pengangkutan jenazah serta upacara memperingati mendiang (memorial). Kebanyakan pengebumian Kristian secara puratanya menelan kos sekitar RM20,000.
3. Pengebumian Cina
Kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia mengamalkan agama Buddha atau Taoism. Upacara pengebumian bagi masyarakat Cina selalunya lebih rumit dan melibatkan pelbagai upacara dan tempoh yang lebih lama berbanding pengebumian Islam atau Kristian. Pengebumian boleh mengambil masa antara tiga sehingga tujuh hari, di mana keranda akan ditempatkan di rumah ataupun di rumah mayat untuk membolehkan ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang untuk memberikan penghormatan terakhir. Upacara pengebumian bagi masyarakat Cina juga kebiasaannya melibatkan persiapan keperluan si mati di alam selepas kematian.
Upacara pengebumian masyarakat Cina kebiasaannya adalah paling mahal berbanding agama dan budaya lain. Kos upacara pengebumian ini merangkumi perkhidmatan sami Buddha, pembelian keranda dan persiapan jenazah, plot pengebumian, upacara memperingati, perkhidmatan pengebumian atau pembakaran mayat. Bergantung kepada status sosioekonomi si mati, upacara pengebumian ini boleh menjadi lebih mahal dan rumit, di mana pembelian keranda sahaja boleh menelan perbelanjaan sehingga ratusan ribu ringgit. Dianggarkan perbelanjaan purata pengebumian masyarakat Cina adalah sekitar RM12,000 hingga RM40,000. Disebabkan kos yang tinggi ini, sesetengah penyedia khidmat pengebumian menawarkan pakej ansuran bagi membolehkan individu untuk mula membayar kos pengebumian mereka lebih awal, sebelum mereka benar-benar memerlukan perkhidmatan itu.
4. Pengebumian Hindu
Penganut Hindu lebih lazim mengamalkan pembakaran mayat berbanding pengebumian atas sebab-sebab agama. Mengikut kepercayaan mereka, tapak pengebumian secara amnya dikhaskan untuk bayi dan saint. Kebanyakan keluarga juga akan memilih untuk menyimpan jenazah selama satu malam sahaja. Secara amnya, kos upacara pengebumian Hindu adalah lebih berpatutan berbanding pengebumian budaya lain. Kos upacara pengebumian mereka biasanya merangkumi bayaran untuk upacara dan ritual, kos pembakaran mayat, perkhidmatan pengebumian dan upacara selepas pengebumian. Secara purata, pengebumian Hindu memakan kos antara RM3,000 hingga RM5,000 jika tidak menggunakan perkhidmatan profesional. Dan kos pengebumian meningkat antara RM8,000 hingga RM20,000 jika perkhidmatan profesional digunakan, bergantung kepada pilihan keluarga.
Peranan Takaful dalam Pengebumian
Ouch! memahami kepentingan persiapan untuk menghadapi ketidakpastian dalam kehidupan, termasuklah untuk kematian atau pengebumian. Di kala kos pengebumian kian meningkat, mungkin ramai yang akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi kewajipan kewangan untuk upacara pengebumian. Di sini, perlindungan takaful memainkan peranan untuk meringankan beban kewangan untuk menjalankan upacara pengebumian, dengan harga bermula serendah RM4.13 sebulan. Manfaat ihsan kami bermula daripada RM50,000. Ouch! juga menawarkan bayaran tambahan tunai sebanyak 10% daripada Jumlah Perlindungan Dibayar yang akan dibayar dalam masa 24 jam selepas pihak kami menerima sijil kematian atau laporan polis. Melalui Pusara Pro, sedikit sebanyak beban kos pengebumian dapat diringankan sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda. Untuk makluman, Pusara Pro juga boleh diperoleh untuk semua, termasuk yang bukan Muslim. Walaupun perkhidmatan kami adalah berdasarkan prinsip syariah, perlindungan takaful kami tidak terhad kepada umat Islam sahaja.
Tradisi upacara pengebumian di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini. Semua ini membentuk warisan budaya negara kita. Ouch! menghormati kepentingan tradisi ini dan berazam untuk membantu anda membuat persiapan selengkap yang boleh melalui tawaran perkhidmatan takaful kami. Dengan ini, apabila tiba masanya, sekurang-kurangnya kami dapat memastikan keluarga anda boleh berkabung tanpa perlu merisaukan tentang beban kewangan untuk upacara pengebumian
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.
Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.