Daripada makanan di pinggan sehingga masa hadapan anak cucu, Belanjawan 2025 akan memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Suara anda mungkin membentuk masa depan negara.
Pasti ramai yang menanti untuk melihat bagaimana kerajaan akan mengambil peluang dan menangani cabaran yang dihadapi Malaysia pada hari ini melalui Belanjawan 2025. Daripada nasi di pinggan sehinggalah masa hadapan anak cucu kita, bajet tahunan ini boleh memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan kita. Walaupun butiran khusus hanya boleh diketahui pada 18 Oktober, terdapat beberapa bidang utama yang kita boleh jangka akan mendapat perhatian.
Kos Sara Hidup dan Tadbir Urus Kerajaan
Kajian oleh Ipsos baru-baru ini telah mendedahkan bahawa isu-isu mengenai rasuah, cukai, dan kos sara hidup adalah kerisauan utama rakyat Malaysia. Di kala peningkatan harga makanan dan juga komoditi, kadar inflasi dan kemiskinan juga kekal antara isu yang menjadi kebimbangan kebanyakan isi rumah dan masyarakat di negara ini. Tahun ini, Belanjawan 2025 dijangka akan meneruskan inisiatif bantuan kewangan seperti yang diperkenalkan sebelum ini bagi membantu meringankan beban kewangan untuk golongan yang memerlukan.
Kajian yang sama juga mendedahkan kerisauan yang kian meningkat mengenai rasuah. Ini mencerminkan kemahuan rakyat untuk tadbir urus yang lebih telus dan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi oleh pihak Kerajaan. Belanjawan 2025 adalah peluang untuk Kerajaan menunjukkan kesungguhan mereka dalam usaha-usaha anti-rasuah dan memastikan sumber awam sentiasa digunakan secara beretika demi manfaat semua rakyat Malaysia.
Perkhidmatan Kesihatan dan Pendidikan: Fokus Utama untuk Masa Depan yang Cerah
Perkhidmatan kesihatan adalah satu bidang yang menjadi perhatian semua. Di Malaysia, kita bertuah kerana memiliki sistem perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik. Namun, ini tidak bermakna kita boleh leka daripada sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan di negara kita. Industri takaful juga memainkan peranan penting untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan, terutamanya ketika sistem perkhidmatan kesihatan awam semakin terbeban. Pada tahun 2022 sahaja, perletakkan jawatan di kalangan doktor kontrak telah meningkat sebanyak 1,131%, iaitu daripada 110 pada tahun 2017 kepada 1,354 pada tahun 2022. Baru-baru ini kita juga telah dikejutkan dengan berita seorang doktor yang telah bertindak membunuh diri sekaligus mencetus kebimbangan tentang budaya buli di tempat kerja. Jelas, terdapat keperluan yang segera untuk mengkaji semula kebajikan dan program latihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia. Bukan sahaja demi menjaga kebajikan petugas perkhidmatan kesihatan kita, tetapi juga demi memastikan tenaga bakat kita dapat dikekalkan dalam perkhidmatan kesihatan awam Malaysia.
Sumber: Abhi Sharma
Satu lagi teras dalam Belanjawan Negara ialah pendidikan. Menurut kajian, 44% rakyat Malaysia memberi penilaian positif terhadap dengan sistem pendidikan di negara kita. Walaubagaimanapun, masih terdapat kebimbangan mengenai akses kepada pendidikan, kurikulum yang kurang selaras dengan keperluan zaman kini, pengaruh ideologi yang berat sebelah dalam kurikulum pendidikan, dan juga keperluan latihan untuk guru. Kami berharap, Belanjawan 2025 akan memberi peruntukan lebih untuk menambahbaik kurikulum, latihan guru, dan memastikan akses pendidikan yang lebih saksama di seluruh negara. Pendidikan bukan hanya untuk anak-anak bersiap-siaga menghadapi cabaran masa hadapan, tetapi juga untuk membina jati diri dan membekalkan mereka dengan ilmu agar mereka boleh berjaya daripada segi duniawi dan rohani.
Perubahan Iklim: Cabaran yang Kian Dirasai
85% daripada rakyat Malaysia menyuarakan kerisauan mereka terhadap perubahan cuaca dan ancaman perubahan iklim. Cabaran perubahan iklim bukanlah terhad kepada unsur-unsur alam sekitar, bahkan kesannya akan turut dirasai daripada segi pekerjaan, perumahan, dan juga kehidupan masa hadapan kita semua. Malah, perubahan ini telah dapat kita saksikan sendiri pada hari ini – cuaca menjadi lebih tidak menentu, kejadian tanah jerlus (sinkhole) dan banjir kilat juga semakin kerap. Usaha-usaha untuk menangani cabaran perubahan iklim seperti melabur dalam tenaga boleh diperbaharui, menambahbaik pertahanan banjir dan membangunkan teknologi hijau harus diberikan keutamaan demi masa hadapan Malaysia. Ajaran Islam mengingatkan kita untuk sentiasa bersederhana, “Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas,” surah Al-A’raf (7:31). Ayat ini menekankan untuk menghargai bumi yang hasilnya telah menjadi sumber kehidupan kita; ia juga mengingatkan kita agar hidup secara bersederhana dan mampan. Dengan menggalakkan kelestarian dalam semua aspek kehidupan, kita semua boleh memainkan peranan untuk membina Malaysia yang lebih mampan.
Suarakan Pendapat Anda
Ouch! percaya suara yang bersatu mampu untuk mempengaruhi dan membina masa hadapan yang lebih cerah untuk Malaysia. Di kala pengumuman Belanjawan 2025 semakin hampir, kami menggalakkan anda semua untuk menyuarakan pendapat dan cadangan anda melalui laman web khas Belanjawan 2025 di sini. Penglibatan semua lapisan masyarakat dalam proses pembentukan Belanjawan Negara akan dapat mencerminkan keperluan dan kehendak semua lapisan rakyat Malaysia. Sama-sama kita oleh bergabung suara untuk membina masa hadapan yang lebih baik demi keluarga, masyarakat dan juga negara kita.
Find out more about Pusara Pro by clicking here or download the Ouch! Takaful mobile app from the Google Play Store or Apple App Store today.
Disclaimer: The information in our blog articles and provided by our brand ambassadors/KOLs is for general insights only and not legally binding. We strive for accuracy but cannot guarantee the information’s completeness or reliability. For legal matters, consult official documents or contact an authorised Ouch! representative.