Tips Menjana Pendapatan Tambahan 

Terokai pelbagai jenis pendapatan untuk mengukuhkan status kewangan anda

Ramai antara kita yang mengidamkan kestabilan dan kebebasan kewangan. Bagi sesetengah orang, matlamat ini mungkin dianggap hampir mustahil, tetapi Ouch! percaya impian ini bukan sekadar angan-angan tetapi sesuatu yang boleh dicapai dengan perancangan kewangan yang strategik dan disiplin. Salah satu cara untuk menjadikan Impian ini satu realiti adalah dengan menjana pendapatan tambahan – sama ada melalui pendapatan pasif ataupun pendapatan sampingan. Dalam edisi ini, Ouch! menerokai cara-cara untuk menjana pendapatan tambahan untuk anda pertimbangkan dalam perjalanan anda menuju kebebasan kewangan.

Pendapatan Pasif

Jika dirancang dengan strategik, pulangan pendapatan pasif boleh menjadi lumayan. Pendekatan ini memastikan wang anda terus “bekerja” walaupun anda tidak menguruskannya secara aktif. Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh menjana pendapatan pasif: 

  • Melabur dalam Pelaburan Stabil

Terokai pilihan pelaburan berisiko rendah dan sederhana untuk membina status kewangan anda secara beransur-ansur. Dana pelaburan kerajaan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) adalah antara pilihan stabil sesuai untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia pelaburan kerana pelaburan ini memberi pulangan yang stabil. Bagi mereka yang mahu mengambil lebih risiko pula boleh menimbangkan pilihan seperti platform pelaburan digital yang terdapat dalam pasaran. Ada antara pilihan ini yang menawarkan dana pelaburan patuh syariah. Namun, pastikan anda telah mendidik diri sendiri tentang pasaran pelaburan sebelum mengambil sebarang risiko pelaburan.

  • Aktifkan Aset Dorman

Jika anda mempunyai aset lebihan seperti bilik kosong, kereta, ataupun peralatan seperti kamera, pertimbangkan untuk menawarkan khidmat sewa untuk aset-aset ini. Sebagai permulaan, perkhidmatan sewaan boleh ditawarkan kepada linkungan kenalan anda sebelum menggunakan khidmat platform-platform yang relevan untuk membantu menjana lebih banyak pendapatan melalui aset lebihan anda. Hal ini boleh membantu anda untuk menggunakan sumber sedia ada dengan berkesan tanpa kos tambahan yang besar.

  • Melabur Dalam Barangan Berharga

Emas, barangan mewah seperti jam tangan Rolex ataupun beg Birkin, karya seni ataupun buku-buku langka adalah antara barangan berharga yang akan mempelbagaikan portfolio aset anda. Barangan berharga ini mengekalkan dan meningkatkan nilainya dari semasa ke semasa, memberikan perlindungan terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Walau bagaimanapun, setiap pelaburan mempunyai risiko. Pastikan anda berhati-hati memandangkan tiada jaminan bahawa nilai akan sentiasa naik dan kekal tinggi. Lakukan kajian mendalam dan ambil risiko strategik dalam pelaburan anda.

Memulakan Pendapatan Sampingan

Berbeza dengan pendapatan pasif, pendapatan sampingan selalunya memerlukan pendekatan yang lebih proaktif untuk mendapatkan pulangan. Semakin rancak usaha anda, semakin rancak juga pendapatan yang anda hasilkan. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh pertimbangkan sebagai pendapatan sampingan anda:

  • Jadikan Hobi Sebagai Punca Pendapatan

Anda gemar memasak? Sukakan fotografi? Sering meneroka sisi kreatif anda? Hobi-hobi anda juga berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan. Antaranya, anda boleh menjual kek, mengajar kelas dalam talian, ataupun memulakan saluran YouTube untuk berkongsi kemahiran anda. Menjana pendapatan daripada sesuatu yang anda suka menjadikan usaha ini lebih menyeronokkan dan memuaskan. Selain itu, tekanan juga kurang kerana ini bukan pendapatan utama anda!

  • Terokai Affiliate Marketing

Jika anda mempunya pengikut yang ramai di laman media sosial (ataupun mahu mula berjinak dengan dunia jualan media sosial) , affiliate marketing boleh menjana pendapatan yang lumayan. Gunakan platform media sosial anda untuk mempromosikan produk dan memperoleh komisen melalui pautan link unik anda. Jangan lupa untuk pastikan produk yang anda promosi adalah selaras dengan nilai-nilai yang anda pegang dan selamat untuk pengguna.

Dalam usaha untuk mencapai kebebasan kewangan, kita juga harus ingat bahawa kekayaan merupakan satu rezeki dan juga cabaran kepada kita. Jika sudah mencapai kejayaan, ingatlah bahawa kejayaan yang diberi juga ialah peluang untuk kita menjalankan amanah untuk membantu orang lain yang memerlukan.

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, 2:195).

Ayuh mengambil langkah pertama hari ini ke arah kesejahteraan kewangan. Sama-sama kita membina kesejahteraan secara beretika dan bermatlamat.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusara Pro atau muat turun aplikasi Takaful & Insurans Ouch! di Google Play Store atau Apple Play Store sekarang.

Penafian: Maklumat dalam artikel blog kami dan yang disampaikan oleh duta jenama/KOL hanya untuk pandangan umum dan tidak mengikat secara undang-undang. Kami berusaha untuk ketepatan tetapi tidak menjamin kelengkapan atau kebolehpercayaan maklumat. Untuk hal-hal undang-undang, rujuk dokumen rasmi atau hubungi wakil berkuasa Ouch!.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *