Khairat Kematian: Kerjasama Sosial yang telah membantu masyarakat Muslim berdekad lamanya. 

Apakah Khairat Kematian, dan bagaimana Ouch! diilhamkan dari usaha sama murni masyarakat ini untuk meringankan beban keluarga semasa tempoh berkabung kehilangan orang tersayang?

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah Melayu ini begitu sinonim dengan masyarakat Melayu Islam khusus di Malaysia. Budaya yang selari dengan ajaran Islam ini bertepatan dengan konsep ta’awun—tolong-menolong dalam tujuan kebaikan.

Budaya kerjasama atau lebih dikenali dengan gotong-royong begitu kukuh sebagai satu aktiviti dalam masyarakat contohnya seperti budaya rewang ketika majlis kahwin, pembersihan kubur ketika bulan Ramadan menjelang tiba, kawasan kediaman kampung atau taman perumahan, rondaan kawasan kampung, pengurusan surau setempat, pengurusan tabung khairat kematian dan berbagai aktiviti lagi.

Budaya kerjasama ini bukan dapat meringankan beban kerja yang berat malah, ianya dapat mengukuhkan jalinan setiakawan dalam kalangan masyarakat. Sekiranya berlaku musibah kematian dalam sebuah keluarga, ahli masyarakat akan datang menziarahi dan memberikan sumbangan kewangan dan sokongan emosi agar dapat mengurangkan rasa duka waris.

Tabung Khairat Kematian terbentuk melalui sistem kerjasama ini. Ia merupakan konsep kerjasama masyarakat Islam dalam sesuatu kawasan/kariah mengutip bayaran caruman dengan jumlah tertentu. Sekira ada ahli yang meninggal dunia, tabung khairat kematian akan digunakan untuk menguruskan kos pengebumian ahli. Kelebihan mencarum tabung khairat ialah memudahkan proses pengurusan jenazah dan tidak membebankan waris yang sedang berduka untuk mengeluarkan belanja pengebumian serta merta.

Sejarah Khairat Kematian

Menurut satu kertas kerja bertajuk Sejarah Penubuhan Khairat Kematian bahawa konsep khairat kematian telah pun wujud di alam Melayu seawal tahun 1926. Pada tahun 1926 telah tertubuh sebuah pertubuhan yang dinamakan Persekutuan al-ikhwan al-masakin.

Khairat kematian merupakan sejenis pertubuhan yang di tubuhkan hasil inisiatif orang-orang Melayu pada ketika tersebut. Secara umumnya khairat mati berfungsi sebagai sebuah organisasi kebajikan masyarakat yang ditubuhkan untuk membantu ahli-ahli dan menjaga kebajikan mereka apabila berlaku kematian di kalangan anggota keluarga. Pada masa tersebut juga dana pertubuhan khairat mati di perolehi dari pengumpulan wang yuran khairat mati yang di bayar oleh ahli setiap bulan antara 10 hingga ke 30 sen setiap bulan.

Berapa Kos Khairat Kematian Hari Ini?

Salah satu faktor pentingnya tabung khairat kematian diwujudkan ialah kos pengebumian yang meningkat dari tahun ke tahun, walaupun tiada data khusus rasmi tentang jumlah kos pengebumian Islam. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga memaklumkan tiada penetapan khusus mengenai kos pengebumian ini kerana operasi diuruskan secara bebas oleh badan bukan kerajaan atau masjid/surau setempat.

Berdasarkan carian, kos pengebumian yang berbeza bergantung kepada lokasi masjid/surau yang mengendalikan badan Khairat Kematian. Contohnya, 

  1. Masjid Wilayah, Kuala Lumpur memaparkan kos pengebumian sebanyak RM1100. 
  2. Masjid Puncak Alam, Selangor meletakkan harga pengurusan pengebumian sebanyak RM1500 dan 
  3. Masjid Al Khairiyah, Gombak, Kuala Lumpur menetapkan pada harga RM1,300.00.
  4. Masjid Al Falah, Bukit Rambai Melaka pada harga RM650 (anak kariah) RM850 (luar kariah)
  5. Masjid Negeri Sarawak memaparkan sehingga harga RM1375, bagaimanapun bergantung kepada hari kematian dan keperluan.

Terdapat juga isu yang timbul dari jumlah kos pengebumian ini apabila sesetengah pihak mempersoalkan kos yang tinggi untuk tujuan pengebumian yang menyukarkan pihak waris untuk melaksanakan urusan pengebumian kerana jumlah ini membebankan bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Antara aspek yang perlu diambil kira dalam proses pengurusan jenazah adalah bermula dari memandikan, kafan, solat jenazah, dan penyediaan liang lahad (lubang kubur).

Oleh itu kebaikan menjadi ahli khairat kematian ialah dapat memudah dan mempercepatkan urusan pengurusan jenazah kerana ahli jawatankuasa masjid/surau akan bersedia membantu dari segi urusan memandikan, solat dan pengebumian. Menyegerakan urusan pengebumian jenazah seorang Muslim adalah amat digalakkan, sebagaimana yang dituntut dalam Islam, 

Selain masjid atau surau setempat, terdapat juga badan korporat, koperasi, atau institusi kewangan yang menawarkan skim khairat kematian kepada ahli atau pelanggan mereka. Namun, proses tuntutan bayaran mengambil masa bergantung kepada prosedur badan tersebut.

Terima Manfaat Ihsan dalam tempoh 24 jam

Ketika produk pertama Ouch! Pusara Pro dirangka, salah satu aspek yang dipandang berat ialah bagaimana pelan takaful ini dapat meringankan beban penerima manfaat (waris) yang sedang berduka bila menerima berita kematian orang yang tersayang. 

Bukan itu sahaja, jumlah ini dapat dibayar dengan pantas iaitu dalam tempoh 24 jam sahaja selepas dokumen berkaitan diserahkan. Selain boleh digunakan untuk menampung kos perbelanjaan pengebumian, wang ini boleh digunakan untuk membiayai kehidupan untuk sesuatu tempoh sementara menerima tuntutan Manfaat Kematian.

Pusara Pro Meliputi
Manfaat KematianFaedahJumlah Faedah
MinimumMaksimum
Manfaat Kematian100% daripada Jumlah PerlindunganRM50kRM500k
Manfaat Ihsan10% daripada Jumlah Perlindungan. Dibayar dalam tempoh 24 jam bermula penerimaan maklumat atau dokumen seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful anda.RM5kRM50k
Sila baca Risalah Maklumat Produk untuk maklumat lanjut

Kematian adalah perkara yang pasti, sama ada lambat atau cepat. Tetapi persediaan bekalan menuju akhirat mesti disediakan sebanyak mungkin. Persediaan bekalan untuk waris atau orang tersayang juga adalah tindakan yang mulia dan dituntut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *